October 06, 2011

AIRMATA MAK MAHAL, KENAPA KITA NAK BUANG-BUANG

Salam you alls,

Mak tabah besarkan kita. Kita sakit dia jaga. Kita sedih dia pujuk. Kita takut dia peluk. Kita kecewa dia bagi semangat. Kita jatuh dia hulur tangan. Kita berjaya dia tepuk tangan. Kita marah dia mengalah. Kita merajuk dia belai.

Apa pun jadi, mak tetap tabah. Air mata mak memang susah nak tumpah. Kecuali kalau dia benar-benar terluka. Mahal harga air mata mak.

Kalau kita sayang dia, hargai perih dia besarkan kita, jangan kita buang-buang air mata mak. Mahal tau. Rugi kalau kita buang. Kita tak boleh ambil balik. Tak boleh ganti balik. Jangan bagi airmata mak menitis.

Tapi kalau menitis juga, jika ada penyesalan, kita ganti semula. Kita gembirakan dia semula. Kita pulangkan senyuman dia. Kita kembalikan ceria matanya. Kalau boleh, buatlah dia lebih gembira dari dulu. Sentiasalah ada disisi mak, macam dia buat kat kita dulu.

Kalau anak-anak sekarang sayang dan hargai mak, msred rasa, banyak masalah sosial yang masyarakat kita hadapi sekarang dapat kita elakkan.


- Posted using BlogPress from my iPad

11 comments:

Anum said...

selagi ada peluang buat la mereka gembira

norakmaMamat said...

betul tu.
biarlah airmata yg mengalir dipipi mak,lahir dari rase kegembiraan. bukan dari kesan duka.
:)

zana said...

betul tu... mak banyak berkorban untuk kita...klu dia marah kita sekalipun sb dia sayangkan kita... =')

Pendamba Mawar said...

sentiasa cuba buat mak gmbira

Ezad Skytech said...

kita sebagai anak sepetutnya buat mak kita gembira..bukan bersedih kan msred...:D

Azzah said...

tak nak bagi mak keluarkan airmata sedih

aimie amalina said...

yay!
betolkan
hadiahkan kembali senyuman ibu itu
walau dngan hanya membuat mereka gembira kan

Redbloodsnow said...

love this entry! kebykkan anak² skrg KURANG perihatin ttg hati ibu taw dear. dlm 5 org anak hanya 2 je yg akan perihatin. hemprhhh

hotbabes said...

betul tu.. tengok mak sedih pun kita dah sedih sebenarnya..

msredcheesecake said...

hotbabes... hheee...

msredcheesecake said...

norakma... agree

zie...menyedihkan kan?

mimie...harap dpt selalu buat cam tu..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno