September 26, 2011

TAK FAHAM LA

Salam you alls,

Bila lepak dengan kawan yang pandai melawak ni memang best. Pandai buat kita ketawa dengan cerita lawak dia. Dapat release tension. Dapat senyum selalu. Awet muda tu.

Tapi yang tak bestnya bila terjadi macam situasi ini. Cerita lawak dimulakan dengan dialog lebih kurang macam ni.

" Korang nak tahu tak? Kelakarlah...... ".

Habis je ayat tu dia ketawa. Sambung cerita balik dua tiga patah, lepas tu ketawa balik. Sambung cerita empat lima patah, ketawa berdekah-dekah. Berhenti kejap, ambil nafas sebab dah semput ashik ketawa saja. Sambung cerita dua tiga patah, ketawa sampai keluar air mata. Berhenti ketawa, sambung balik cerita. Last sekali dia cakap macam ni.

" Kelakarkan? "

Yang stressnya tu, kita langsung tak faham cerita kelakar yang cuba disampaikan. Yang kita dengar dari tadi lebih banyak ketawa kah kah daripada biji butir cerita kelakarnya. Last-last si pencerita saja yang dapat ketawa sukahati. Kita yang dengar ni blur saja tak dapat nak ketawa sama sebab tak faham langsung cerita kelakarnya.

Pernah jadi kat you alls? Stress tak?


- Posted using BlogPress from my iPad

14 comments:

Azzah said...

pernah jumpa kawan cenggitu..macam dia syok sendiri kan?

Zul Fattah said...

pernah jugak la.. aku la tu.. haha

Iffah Afeefah said...

Stress dan org tu pasti kne maki

ked said...

alamak?mcm sy je pnah wt cmtu..huhu

ayu zan said...

ish..ade jgk 0rg cam tu kan..

nurfauzi said...

saye tidak stress...
cume pelik dan kasihan melihat orang itu berkeadaan sebegitu...kasihan..

rara pinkmafia said...

hehehehe penah gak kena.mmg tak paham.

p/s : sis rara takde pon dlm bloglist =(

Green Apple said...

kesian dia.. sebab dia yang mengalami dan hanya dia yang faham. Bila nak cerita balik dah jadi tak kelakar la pulak..

KaK LimAh Si SupiR said...

ahaha..penah jgk jadik mcm ni..n slalu ny kitorg akan gelak kan balik kt si penglipur lara 2 bkn sb cite dye, tp sb dye yg dok cite ntah pape..huhu :P

aiEz said...

err,hahaha..btol2 selalu terkena..nak bercerita tp sendiri gelak,yg dgr jd xphm..hehe..

myezatul aQma said...

untuk elak kite jadi mcm tu..
b4 citer,kita glal puas2 dulu.then baru citer..hehehhe

Anum said...

ada2
anum pernah jumpa

Run Away said...

sy penah jmpa...memang byk pun....hik...;d

msredcheesecake said...

azzah, macam tu la...

kaklimah, gelakkan dia je lah... hheee

myezatul, betul jugak tu...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno