September 28, 2011

TAK DAPAT TIDUR NYENYAK

Salam you alls,

Di pejabat msred sekarang ini sedang menyelesaikan satu projek besar yang betul-betul memerah keringat para pekerja. Sangat banyak kerja. Next month mungkin start OT setiap hari termasuk hari Sabtu atau Ahad.

Untuk menyiapkan projek ini sebelum dateline, bos telah setkah KPI yang kalau diikut memang boleh settle projek ni on time, tapi KPI tersebut memang tak masuk akal. Msred memang jenis yang suka capai KPI atau target kerja msred. Hari-hari stress nak capai target sampai terbawa-bawa ke rumah.

Malam memang susah nak tidur sebab kadang-kadang teringat kerja yang banyak, risau kalau tak dapat capai target.





Bila tak cukup tidur, kat pejabat mula kepala ashik buat head banging atau gig je. Minum Nescafe pun dah tak jalan. Ngantuk je.

Sekarang ni msred macam gambar kat atas tu lah. Bila kat rumah waktu malam susah nak lelap. Bila di pejabat pulak ashik teringat nak balik rumah nak tidur sepuas-puasnya.

Macamana nak fokus? Kerja pun tak fokus, tidur pun tak fokus. Lama-lama nanti kena register kat hospital sakit jiwa pulak.

Note : Orang kata jangan bawak balik urusan kerja balik rumah. Kerja pejabat tinggal kat pejabat je.

- Posted using BlogPress from my iPad

5 comments:

rara pinkmafia said...

chaiyok2 sis.

aimie amalina said...

aiyaaakk
akakkkkk
jangaaaaannn
chilll taw =]

Hanis MY said...

Sejak dua menial ni pun cenggitu...tolonggg....

KaK LimAh Si SupiR said...

haiyoooo msred..jgn mcm ni T_T

msredcheesecake said...

mimi, nak chill la ni... banje mekdi... hheee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno