September 05, 2011

SUASANA BERAYA DI BANDAR

Salam you alls,

Bila mendengar cerita tentang kemeriahan kawan-kawan beraya di kampung, terasa macam kurang meriah sahaja raya msred di kota. Memang kurang meriah.

Kawan-kawan yang berpeluang pulang ke kampung beraya, menurut cerita mereka, sampai raya keempat dan kelima pun masih sibuk beraya ke rumah saudara mara dan kawan-kawan. Mesti happening. Mesti seronok kalau bawak anak-anak kecil beraya.





Berbeza dengan raya msred di kota. Lepas menziarah mereka yang sudah tiada pada satu Syawal, selepas beraya ke rumah adik-beradik ipar, msred sekeluarga cuma lepak di rumah sampai bosan. Kalau dah tak tahan bosan, pergi bershopping di Empire Subang (2 Syawal), Tesco (3 Syawal) dan Carrefour serta Tesco (4 Syawal). Ada tu pergi Zoo pulak. Beraya dengan penghuni Zoo. Hheeee...

Macamana nak pergi beraya. Kebanyakan kawan-kawan tak ada di rumah sebab beraya di kampung masing-masing. Saudara mara pun pulang beraya di kampung. Jiran pun tak ada di rumah. Kebanyakan rumah kosong. Macamana nak beraya?

Tak kan nak beraya rumah Mr Muthu atau Mr Ah Seng pulak. Bukannya ada rendang ketupat. Duit raya pun tak ada. Tak best lah.

You alls yang beraya di kampung, berapa buah rumah dah pergi beraya? Banyak tak? Berat badan naik tak? Hheheee....

Satu Syawal
Dua Syawal
Empat Syawal
Lima Syawal


- Posted using BlogPress from my iPad

6 comments:

aimie amalina said...

hehehehe
raye2 kan cek empunye belog
x kesah la dimana-mana
kemeriahan ttp di ase =]

fRaMe+LenSeS said...

nadh plak raya 3 sampai ke hari ni dekat umah ja la. taleh kua. :(

:: Mrs.Eady :: said...

pegi umh makcik makcik yg sekitar kl jugak...raya jugak la kan :)

Kakkoii said...

kk raya ke 7 baru bukak blog haha

Marina said...

rayer kat bandar jugak..sedare mare kat bandar...kat kampung balik hari je..berayer sampai sakit perut...hehe..

msredcheesecake said...

aimie, ka bandar kurang meriah sikit...

nadh, sian...

mr eady, raya la tu...hheee

kk, mesti raya sakan...

marina, mesti best...jeles...hhee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno