September 21, 2011

SAYA TAKUT DENGAN POLIS

Salam you alls,

Orang kata, lelaki nampak handsome kalau pakai seragam polis. Walaupun lelaki tu tak berapa handsome, tapi kalau dia pakai seragam polis, nampak handsome je. Betul ke? Agaknyalah.

Tapi msred takut dengan polis. Asal nampak polis je jantung berdebar. Rasa nak lari laju-laju sambil jerit berulang kali.....

"Saya tak salah, saya budak baik."

Tapi oleh kerana tak nak di cop gila oleh orang sekeliling, msred diam je.

Msred memang takut polis. Ni semua salah mak msred. Dari kecil, mak msred suka ugut msred, " Jangan nakal-nakal. Nanti polis amek dia. Polis suka amek budak nakal." Asal msred nakal je sikit, mak msred cakap macam tu. Dan setiap kali mak msred cakap macamtu, msred automatik berubah jadi budak baik. Sampai ke tua msred takut polis.

Walau macamana handsome pun polis tu pakai seragam, kat mata msred nampak garang je. Kalau nampak pistol dia ke, gari dia ke lagi kecut perut msred. Macam orang salah pulak. Tapi kalau Dato Yusof Haslam pakai baju polis msred tak takut.

Note : Jangan ajar budak kecil takut polis. Ajar dia cari polis kalau mama atau papa hilang.

- Posted using BlogPress from my iPad

12 comments:

Anum said...

ala cian ms red
nie kes terbawa-bawa dr kecil kan

mizzkechique said...

dulu tkt, skang dh x..haha

Nazhirah Mazlan said...

haha~
betul2 ajar budak cr polis :)

Nurul Mazni said...

hehehe.. ayah saya polis :)

myhatiku said...

aha..cian misred jadi polisphobic pulak..he ;p

kacak ke?boleh lah..;p

Faaein Talip Roy said...

suka jugak tengok yang berpakaian kemas seragam ni.. lebih2 lagi tentera.. ^^,

betul lah.. better ajar sesuatu yang lain.. tak delah nampak polis tu takut semacam je kan.. hehe..

SoLy SoLicious said...

plik smpai skg..rmai tkot polis..hahahaha..

aimie amalina said...

hehehehe
betol2
bek ajar anak kalo ilang cri polis kan
mmm
nice!

kocix! said...

btol3!
agaknye polis2 ni disuruh utk bergaya hensom kot..rules dorg..

fauzi said...

Untuk lebih tepat, memakai pakaian seragam seperti polis/tentera dengan cara yang betul emembuatkan seseorang itu nampak segak dan kemas. kacak pada muka tu lain cerita la hhuuhuhu..

mereka perlu segak dan kemas, sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan. kalau pakai selekeh2 nanti orang kate polis ni pengotor pulek hehe

siti kektus said...

ayo. nanti abg polis datang tangkap msred. haha ;p

msredcheesecake said...

Anum... Heee... Memang takut ngan polis, tapi takde la sgt2...

Nurul mazni, hhhee... Takut tak?

Kocix, disuruh kemas je kot...hheee

Kektus, hhee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno