September 20, 2011

SAYA TAK NAK KAWAN AWAK KALAU...

Salam you alls,

Saya nak kawan awak. Saya suka nak kawan dengan awak. Tapi saya tak nak kawan awak kalau awak....

1. Pengotor
Ada ke patut tuala wanita yang awak dah pakai awak buang dalam tong sampah tanpa basuh dulu dan balut dengan paper. Tak naklah kawan awak.

2. Pemalas
Ada ke patut pinjam pinggan kita tak bagitau lepas tu dibiarkan selama 3 hari tak berbasuh. Punyalah malas sampai sanggup biar pinggan tu kotor berulat. Tak naklah kawan awak.

3. Penipu
Ada ke patut cakap kat pensyarah saya tak datang kelas sebab pergi tengok wayang walhal awak tahu saya terlantar dalam bilik demam. Tak naklah kawan awak.

4. Mengamalkan sistem 'barang dia barang aku jua'
Ada ke patut awak nak pergi dating, dengan selamba je ambil minyak wangi mahal saya lepas itu sembur satu badan. Ingat murah saya nak beli minyak wangi tu, lepas tu nak sponsor awak pulak. Tak naklah kawan awak.

5. Nak saya hormat awak tapi awak langsung tak hormat saya
Ada ke patut bila saya gurau kata awak dah berisi awak marah dan suruh saya belajar hormat awak sebagai seorang kawan, tapi awak dengan selambanya megutuk kata kulit muka saya buruk sebab ada banyak jerawat batu. Tak naklah kawan awak.

Note : Salah ke memilih kawan?


- Posted using BlogPress from my iPad

13 comments:

Ary said...

tak salah dik pilih kawan.. betullah tu..jgn kawan ngan org cam tu...hehehe...-c penghasut nih...

Anum said...

x suka org pengotor

cik fadh said...

semua list diatas mmg kawan yg WAJIB dijauhi !

KaK LimAh Si SupiR said...

xnak jugak lahh kawan :P

Bro ahmad said...

kan lebih elok jadi kawan yang boleh ubah kawan tu jadi lebih baik dan bimbing dia kejalan yang benar..ubah sifat buruk dia la maksud bro..kalau tak boleh ubah..tak tau nk cakap apa lagi dah,

Hanis MY said...

eee tak suke jugak kawan dgn org cmtu...

Run Away said...

em.....tak suka kwn mcm tu..;d

siti kektus said...

Tang tuala wanita tu mmg tak boleh tahan. Pengotor sgt2. Tang tuala wanita tu mmg tak boleh tahan. Pengotor sgt2.

aimie amalina said...

=]
x slah akak
asal kite bijak dalam bersahabta
tidak menyusahkan org lain
pon dah cukup kan

msredcheesecake said...

Bro, betul tu... Tapi kebanyakannnya takleh ditegur dan ada yg dah parah ....

~iz~ said...

betul la..iz pn x suka spesis2 camni...

~iz~ said...

paling2 no5 tu..

nurfauzi said...

Memilih kawan yang baik adalah sangat penting dan dianjurkan oleh Islam.

Perlu pilih kawan yang baik, agar kita terdorong melakukan kebaikan.

Perlu elak kawan yang tidak baik, untuk mengelakkan kita terdorong melakukan perkara yang tidak baik.

Namun, tidak salah berkawan dengan orang yang dirasakan "tidak baik" oleh orang lain, dengan harapan kita boleh menariknya untuk menjadi lebih baik, serta kita tidak terpengaruh dengan ajakan melakukan perkara yang salah (dari sisi pandangan untuk berdakwah)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno