September 12, 2011

RAYA SAMADENGAN DEMAM

Salam you alls,

Di sana-sini dah start kawan-kawan mengeluh sakit tekak dan demam. Adik msred, office mate ada dah yang sakit tekak dan demam.

Kenapa agaknya bila lepas seminggu raya je kita start rasa tak sedap badan. Ada yang sakit tekak, ada yang selsema dan ada yang demam. Ada tu package, dapat ketiga-tiga sekali.

Ramai yang berpendapat, asal musim raya je mesti disertai musim demam sebab banyak sangat makan kueh raya dan minum air sejuk. Banyak tu maksudnya banyak dari kebiasaan. Kalau bukan time raya kita minum air sejuk atau air berais sekali je sehari. Tapi bila raya kita minum 5 - 10 cawan air sejuk sehari. Lagi banyak rumah kita beraya, lagi banyak air sejuk kita minum. Itu pasal kita senang sangat terkena sakit tekak, selsema dan demam.

Msred rasa ada betul jugak cakap dia orang ni. Betul tak? Ke sebab kita penat sangat beraya tu yang demam tu?


- Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

fRaMe+LenSeS said...

Nadh doa msred sehat2 aja. :D

LINDAHERY said...

linda sihat walafiat... :)

cik fadh said...

alhamdulillah masih sihat . tu yg kene berpada2 mkn mase beraya sakan ;)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno