September 16, 2011

PEREMPUAN MEMANG PANDAI BERLAKON

Salam you alls,

Ini bukan cerita pasal berlakon filem atau berlakon iklan. Kalau cakap pasal berlakon filem atau iklan, lelaki perempuan sama hebatnya. Lelaki pandai berlakon filem atau iklan, perempuan sama pandai berlakon filem atau iklan.

Ini tentang kebolehan perempuan berlakon happy dan macam tak ada apa-apa yang menyedihkan sedang berlaku dalam hidupnya.

Kebanyakan perempuan, bukan semua, suka memilih untuk menyembunyikan kesedihan mereka atas sebab-sebab mereka sendiri dari pandangan mata orang lain. Mereka lebih suka menyembunyikan kesedihan dan kepedihan hati mereka dari pengetahuan kawan-kawan, keluarga dan malah kadang-kadang kawan baik mereka sendiri.

Kebanyakannya di atas alasan tak mahu menyusahkan orang lain dengan masalah mereka. Ada juga kerana nak menjaga aib sendiri atau aib orang yang rapat dengan mereka. Ada yang mengelakkan dari membuka pekung di dada sendiri.

Walau apa pun alasannya, perempuan lebih pandai menyembunyikan perasaan mereka dari orang lain berbanding lelaki. Berahsia, mungkin lelaki pun berahsia kesedihan mereka, tapi lelaki kurang pandai menyembunyikan kesedihan. Ianya kadang-kadang ketara terlihat kesedihan di air muka lelaki.

Sebaliknya perempuan, walau pun sedang bersedih, perempuan masih mampu tersenyum, bergurau dan bergosip macam biasa bila dikelilingi kawan-kawan. Kesedihan perempuan hanya akan terlihat diraut muka mereka bila perempuan itu berseorangan.

Menyembunyikan kesedihan dalam diri sendiri sahaja ada baik buruknya. Hati-hati jangan sampai kesedihan yang ditanggung seorang diri akhirnya memakan diri.



- Posted using BlogPress from my iPad

12 comments:

aimie amalina said...

hebat seorang wanita itu !=]

KaK LimAh Si SupiR said...

ya! kite wanita memg pndai smbunyikan kesedihan

berbangga jadi wanita ^_^

Rawlins Ichigo Takashi Lutz said...

Saya setuju
Dulu, masa i kecillagi my mum walau tak sihat camne pun, dia sanggup bangkit dan tahan sakit semata-mata untuk menghidangkan juadah makan tengah hari untuk anak-anak dan suami
Tabik pada wanita!
Phishing is not beautiful

K O R I E said...

aah. stuju
sebab tu la wanita tu layak menjadi ibu sebab di boleh bersabar ^^

kan msred?

Zul Fattah said...

popuan ni.. memang kaki dvd r.. haha

Jiejah Gorjes said...

ye betulll perempuan mmg sgt hebat berlakon...lagi2 kalo dr sudut negatif..dia lah primadona...huhuu

cik pulau said...

setuju sangat..
tp kadang2 lelaki pun pandai menyembunyikan perasaannya...

JelinaJoli said...

tp ada setengah pompuan x reti sembunyi perangai gediknya... hahahha

sobri yaacob said...

rasa btul kot..
mungkin itu klbihan prempuan
yg lelaki x de :)

aleen aiden said...

yup2.alin pon pesen mcm tu jugak.suke pendam sendiri.xreti sgt nk share2 prob dgn kwn nih.huuu

..cik gugu.. said...

pompuan ske buat ayat sentap mcm drama ptg2.. hehehe

msredcheesecake said...

Aimie, hebat kan...

Kaklimah, bangga of coz...

RITL, ibu yang hebat mmg terbaek...

Korie, betul tu...

Cik pulau, betul, tapi ak ramai...

Jelina, itu sengaja tunjuk...hheee

Aleen, malas nak citer ngan org...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno