September 12, 2011

NAK JOIN PUASA QADHA DAN PUASA ENAM?

Salam you alls,

Dah puas beraya? Ada yang dah, ada yang belum dan ada yang tak kisah sangat. Msred biasa-biasa je. 

Oleh sebab weekdays jarang pergi beraya, msred terasa nak buat puasa qadha dalam bulan Syawal ni. Dapat pahala puasa sunat Syawal (puasa enam) sekali.

Puasa qadha kalau dibuat dengan niat puasa qadha pada bulan Syawal, kalau mengikut ilmuan Islam, automatik kita dapat pahala sunat Syawal sekali. 

Kalau kita dapat asingkan puasa qadha dan puasa sunat Syawal, dengan dimulakan dulu dengan puasa qadha dulu kemudian baru buat puasa sunat Syawal, itu lebih baik. Tapi kalau tak boleh atau tak sempat ke, tak pe sekalikan puasa qadha dan puasa sunat Syawal sekali.

Msred tak pernah berjaya puasa enam sebelum ni, tahun ni berazam nak buat. Nak banyakkan amal, insyaAllah. Minta tuhan permudahkan urusan supaya msred berjaya seleaikan puasa enam. Amin....

You alls, jom puasa enam.

8 comments:

NM02 said...

nak start puasa ganti dalam masa terdekat ni.. nnt kalu simpan lelama harus liat punyer..

mizzkechique said...

br start puasa enam..pastu puasa ganti sbb gnti sehari je...hehe

rara pinkmafia said...

hmm saye tak ganti lagik kak.hmm bile nk mula ntah.

Zul Fattah said...

sekarang, masih menunggu hari yg sesuai dulu.. sibuk lg dgan daftar klas..

siti kektus said...

mudah-mudahan terlaksana msred. yg penting cuba! hehe ;p

^^nu[dd]yra^^ said...

jom mulakan msred...sy dah 2 hari dah ;p

fRaMe+LenSeS said...

jum2 wat msred. Nadh baru sehat ni.. baru nak mula.. :D cik seseorang tu pn baru nak wat. dia lagi la sian 9 hari tu.. hihih. usaha tangga kejayaan kan. wat jum..

fauzi said...

MMM, tambahan sikit..
pendapat yang mengatakan puasa 6 boleh gabung dengan qada tu adalah bukan pendapat majoriti, sangat2 terpencil.

Hadith yang sahih dari Rasulullah menyuruh kita asingkan puasa qada dan puasa sunat, serta dahulukan qada..

Hari tu soalan ni keluar dalam rancangan Al-kuliyyah, Ustaz Roslan dari UM yang jawab. =)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno