September 29, 2011

LUAR CANTIK DALAM CANTIK KE?

Salam you alls,

Macam-macam cara yang dilakukan oleh perempuan agar lelihatan cantik. Sanggup berhabis duit, masa dan tenaga berusaha untuk kelihatan cantik.

Duit banyak dihabiskan dengan membeli set perawatan muka agar muka jadi cerah, gebu dan bebas jerawat. Rajin pergi facial nak bagi muka nampak tegang dan muda selalu.

Setiap minggu pergi gym atau jogging di tasik untuk memastikan body sentiasa slim dan cun. Sanggup berhabis duit beli creame anti selulit, pembakar lemak dan melembap kulit supaya nampak cerah gebu buat orang geram nak pegang.

Tapi berapa banyak RM, masa dan tenaga dihabiskan untuk mendapatkan kecantikan dalaman yang sejati?

Kenapa tak mahu habiskan masa dengan membersihkan hati supaya terpancar di muka kemuliaan, kebaikan dan keikhlasan hati? Perasaan negatif dalam hati boleh membuatkan kita nampak tua.

Kenapa tak mahu berhabis duit beli buku keagamaan dan belajar macamana nak ikhlaskan hati teruskan hidup dijalan yang betul supaya hati sentiasa tenang, happy dan sentiasa tersenyum?

Kenapa tak mahu guna tenaga untuk mengambil wuduk dan sembahyang supaya hati jadi bersih dan muka jadi berseri? Sembahyang merupakan salah satu rutin senaman yang baik, yang diakui oleh pakar.

Bagi msred tak salah kalau kita rajin jaga kecantikan luaran. Islam pun tak mahu kita kotor atau comot dan tak kemas. Tapi apa kata kita seiringkan kecantikan luaran kita dengan kecantikan dalaman. Kalau dapat kecantikan dalaman lebih dari kecantikan luaran lagi best.


- Posted using BlogPress from my iPad

10 comments:

Munna said...

2la..btul tu msred...cntik luar kena lah cntik dlm jgk kan..baru la sdp mata org tgk..

tp bab2 mbaca ni alahai lomah~

siti kektus said...

kalau cantik luar, tp dalam hampeh, pon tak guna jugak. kalau dapat cantikkan dua2 sekali, itu mmg pakej. ;)

K O R I E said...

tp mnusia normal akan fikir kcantikkan luar 1st.. and then baru fikir yg dlam..

hurm..

TwIstiEs*meSti Mau* said...

betul2.....,air sembahyang,,ubat jerawat yg paling mujarab....

aimie amalina said...

weeeeeeeeee
betol!
kecantikan dalam akan kekal sehingga akhir hayat

KaK LimAh Si SupiR said...

tgah berusaha ni msred ^_^

yana,, said...

people always judge a book by its cover,, sebab tuu mnusia cume pntgkn luaran shj,,

msredcheesecake said...

kektus, pakej terbaek...

korie, dah terbiasa...susah nak ubah..

twisties, agreee...

yana, betul kan?

anismelon said...

cantik luar dalam busuk wat pe..ce bayang kan..muka cantik..tp skali panties koyak..cam toh gak la org yg cantik..tp dalam tak cantik..wat ape..

Sufinah Yussof (SY) said...

cantik luar
cantik dalam
cantik dengar sini

opsss! ternyanyi la plak.hehe~

biar la seimbang. cantik dalam dan luar. setuju dengan cakap akak. ^^

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno