September 19, 2011

KENAPA NAK BELA TOYOL?

Salam you alls,

Ini bukan toyol yang botak, pendek, tak suka pakai baju dan suka curi duit orang tu. Itu toyol gila RM namanya.




Ini kisah toyol yang selalu disembunyikan oleh pelajar kita di dalam poket seluar dan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Ada sesetengah pelajar kita yang tak sempat habis mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang telah mengambil langkah mudah untuk memastikan mereka dapat menjawab soalan peperiksaan dengan membawa kertas nota kecil yang dilipat dan diseludup masuk ke dalam dewan peperiksaan. Tak tahulah dari mana asalnya nota kecik itu dipanggil toyol. Tapi itulah gelaran yang diberi kepada nota kecil yang diseludup masuk ke dalam dewan peperiksaan. Agaknya sebab nota kecil itu akan berkhidmat pada tuannya dengan cara yang salah, sama macam toyol. Dan saisnya juga kecil sama dengan toyol.

Kenapa perlu ada toyol ni? Kalau tak ada toyol ni tak lulus periksa ke? Kenapa sampai tak lulus? Kalau kita belajar dari awal, kita tentu sempat habis mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan. Bukannya susah kalau ulangkaji dari awal. Lagi senang sebab kita ulangkaji sedikit demi sedikit dalam sesuatu masa. Kalau kita ulangkaji disaat akhir, pasti tak sempat. Itu yang akal mula mengada nak bela toyol.

Kalau ilmu kita dapat dengan cara yang tak baik, kan tak berkat. Kalau keputusan A peperiksaan kita dapat dengan cara menipu, apa sahaja yang kita buat menggunakan keputusan itu jadi tak berkat sebab cara mendapatkannya salah.

Iilmu yang kita cari dan kejayaan yang kita capai biarlah dengan cara yang betul agar hasil yang akan kita kutip dari kejayaan itu berkesudahan baik.

- Posted using BlogPress from my iPad

16 comments:

aimie amalina said...

betolllll
x yah la ssh2 bersengkang mate mlm bute ak wat note kecik aka nota toyol bawak masuk dewan
belajar ajen2 dah la kan
insyaAllah tuhan mesti tolong kan..=]

Anum said...

betul2
baru la berkat

Run Away said...

betul tu...hik...;d

yana,, said...

taknak puji entry, tp nk puji gmbr toyol tuu,, comel bebenor rupenye,, spe laa tuan punye toyol tuu kn,,,

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

bukan setakat bdk skol je ms red, budak uni pun bwk toyol jugak! penin palo..huhu~

Bro ahmad said...

ingat toyol curi duit je...:)

PinKy MoMMa said...

dulu masa zaman belajar takut takut nak bawa toyol masa kuiz hahaha..takut kantoi ngan lecturer ;p

zulhilmi.tempoyak said...

ad ke org buat mcm tu...??

xpenah try buat lak...

;p

Umie Artoqiemie said...

dulu aku ade satu dewan dengan budak yang tengok buku masa UPSR.. cemerlang tapi tak berkat tak guna jugak..

myhatiku said...

betul2..setuju dgn akak..nak belajar kene berkat..tu yg utama!

Nazhirah Mazlan said...

oh ye benar sekali !!!
rmai jek student bwak toyol..
sgt germ klau pngawas pekse wat dek jek...
=,=''

iMBobo said...

bawa toyol dalam otak boleh la kn?hehe

Puan Kutu said...

isk toyol nie bahaya..:)

~iz~ said...

toyol moden..:)

nurfauzi said...

Cikgu saya kata, yg bawak toyol masuk periksa ni, ada masalah percaya dengan Allah
(tokojot den dongar dulu maso kek sekolah)

msredcheesecake said...

mimie, buakn susah pun study kan?

yana, tatau la ujuk ke tak toyol kiut tu...hhee

pinky momma, samala...kalu berani agaknya mau bela sekor...hhee

umie, tu la pasal...ilmu nak pakai lama...kalu tak berkat?

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno