September 08, 2011

KALAU NAK PERGI BERAYA

Salam you alls,

Dah masuk minggu kedua raya ni, you alls masih aktif ke lagi pergi beraya? Kalau minggu pertama pergi marathon raya ke rumah keluarga dan sanak saudara. Minggu kedua giliran rumah kawan-kawan lah pulak agaknya.

Msred kalau nak pergi beraya rumah kawan msred, msred mesti call dia dulu make sure dia ada rumah ke tak time msred nak datang tu. Tanya dia busy ke tak time msred nak datang tu. Kalau dia ada rumah dan tak busy time msred nak beraya rumah kawan msred tu, baru msred set time and date bila nak datang.

Sebelum msred letak phone, msred akan pesan kat dia....

" Aku datang satu family ni dengan anak-anak. Jangan lupa sediakan duit raya secukupnya. Lepas tu sediakan lah juadah raya yang best-best macam sate ke, lontong ke. Nasi impit dan kuah kacang lagi best." hahaaa.....

Selalunya kawan msred akan cakap balik....

"Mengada la kau ni. Aku tak kasi datang kang."

Tapi kalau kawan msred yang nak datang rumah msred dan suruh msred masak macam-macam ikut sedap mulut dia je nak order, msred akan cakap...

"Boleh, boleh. Aku masak sedap-sedap ok. Satu kepala RM 49. Kau datang berapa orang?"

Msred dan kawan msred tahu ini cuma gurauan, bukan dialog nak cari gaduh di bulan Syawal.

Note : Moral, kalau nak beraya rumah orang, call la dulu tanya dia busy ke tak time nak datang tu. Kalau nak beraya msred memang tak suka susahkan tuan rumah.


- Posted using BlogPress from my iPad

9 comments:

anismelon said...

kalo ayah anis..time dah nak dekat baru cll..sebab tk nak susah kn org toh masak segala..makan ape ade nye je..heeee

mizzkechique said...

btl2.. jgn jd mcm Eric Leong, tibe2 "Suprise!!!".. mau kena lempang lelaju.. haha

Anum said...

betul2
sebagusnya call dan tanya dulu

rara pinkmafia said...

satu kepala 5rm xleh sis?murah sket.hehehe

Redbloodsnow said...

hahahaha...mahal giler satu kepala..kehkehkeh. pssttt...siapa yg tak tahu itu sekadar gurauan, mmg lurus bendul la..hehe

Syazwan Che Deraman said...

heheh.
ada kat rumah tak ni?
ingat nak pi jalan jalan raya dengan anak anak.

fafa punya said...

haha. RM49 satu kepala ek?

haha. kalau la benda ni bukan gurauan, agak2, hilang kepala rasanya..hahaha

siti kektus said...

biasa main terjah je. kalau ada, ada lah. kalau tak de, tak de rezeki lah nama nya. ;)

Pak Pis said...

saye nak datang...sile kasi alamat huhuhuhu

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno