September 06, 2011

KALAU KENA REJECT

Salam you alls,

Rejection atau penolakan adalah sesuatu yang kita semua pasti rasa. Semua orang pernah rasa. Bezanya cuma bagaimana kita mengendalikan rejection atau penolakan ini.

Contoh rejectian yang biasa kita alami adalah bila kita cadangkan sesuatu pada bos atau boyfriend/girlfriend, cadangan kita di reject atau ditolak.

Apa perlu kita buat kalau sesuatu yang kita cadangkan atau suarakan di reject? Antara langkah yang boleh kita ambil,

1. Berikan diri kita masa untuk menerima rejection tersebut.
Rejection kadang-kadang menyakitkan hati, sampai ada sesetengah orang akan terasa. Pujuklah hati kita balik. Kita kena tahu yang rejection ini biasanya rejection ke atas cadangan kita, bukan rejection ke atas diri kita. Jangan kecil hati sangat. Kalau nak pujuk hati kita, buatlah sesuatu yang kita suka, makan coklat ke, aiskrim ke. Bagi masa untuk pujuk hati kita tapi jangan ambil masa lama sangat nak pujuk diri kita, hidup kena diteruskan.

2. Bertindak, bukan membalas
Cari cara yang bijak untuk bertindak terhadap rejection tersebut. Jangan balas balik rejection tersebut. Ianya boleh menimbulkan perbalahan. Kita kena pastikan sebab rejection tersebut, nilai rasionalnya rejection tersebut dan berbincang semula untuk mencari jalan penyelesaian.

Apa pun yang kita lakukan, elakkan dari ianya menjadi selisih faham atau pergaduhan. Ianya tak dapat menyelesaikan perbalahan malah memburukkan lagi. Berbincang dengan niat untuk menyelesaikan dengan baik.

Kalau cinta kita kena reject, patutkah kita berusaha untuk mendapatkannya atau you alls cari lain jer? hheee

- Posted using BlogPress from my iPad

11 comments:

aimie amalina said...

waaaa
bes ni tips ni
yg pntg kekal chillll je kan...=]

..cik gugu.. said...

cri len je.. pmpn pon ade pride an.. kumbang bkn sekor~

pena rozie said...

Cari laen jer...

Anum said...

cari yang lain

NadiRah said...

kalo cinte kene reject...
nad reject org yg reject tu...
hahahahhaha!!!!!!!!

Rawlins Ichigo Takashi Lutz said...

lari tajuk sket...the voice kat channel 701...

kotak bulat said...

kalau kene reject, kita reject dia gak.. :P

cri lain je..

siti kektus said...

cari lain je lah msred ( pasrah ) hukhuk

msredcheesecake said...

betul tu, cari lain.jgn kasi diri kita stress nanti cepat nampak tua...

iMBobo said...

betul tu..kalau kena reject kita kena nilai semula, kena ia direject baru lah lebih mantap.. :)

anismelon said...

toh pasal kadang malas bg ape ape idea..huuuu..leh tak gitu..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno