September 06, 2011

KALAU BOYFRIEND KURANG MATANG

Salam you alls,

Ada sesetengah wanita moden dan berkerjaya tertarik dengan lelaki yang kurang matang. Mungkin sebab kehidupan wanita yang dah matang ni lebih stabil dan formal (membosankan) dan kurang menarik. Wanita ini beranggapan kalau mereka berpasangan dengan lelaki kurang matang, kehidupan mereka akan jadi menarik dengan kehadiran lelaki yang berperangai macam budak-budak ni.

Tapi masalahnya, wanita ini selalunya terpaksa bersabar dengan kerenah boyfriend kurang matang ni sebab cara mereka berfikir tak sama dengan wanita yang lebih matang.

Kalau boyfriend kita kurang matang, apa yang kita perlu lakukan untuk menjayakan hubungan kita?

Sabar. Kedua-dua pihak boyfriend dan girlfriend kena sabar. Si girlfriend yang lebih matang ini kena banyak bersabar dengan tingkahlaku kurang matang si boyfriend. Si boyfriend kenalah bersabar kalau si girlfriend kadang-kadang sedikit bossy dalam sesetengah hal.

Si boyfriend pula kenalah ada keinginan yang tinggi untuk belajar jadi matang dan menghargai kesabaran si girlfriend. Kalau si boyfriend takde keinginan untuk menjadi lebih matang, susah nak mengekalkan hubungan tersebut sebab matlamat hidup si girlfriend tak kan sama dengan si boyfriend. Si girlfriend akan kecewa sebab si boyfriend masih tak berfikir untuk kawin sedangkan si girlfriend dah bersedia untuk berumahangga.

Si girlfriend kena tolong dan galakkan si boyfriend untuk belajar jadi matang. Sementara itu si girlfriend kenalah memegang tanggungjawab lebih besar dalam hubungan mereka sampailah si boyfriend bersedia untuk menjadi dan bertindak sebagai lelaki yang lebih matang.

Apa-apa pun, setiap pasangan kena sama-sama berusaha mengekalkan dan mengukuhkan hubungan agar berkekalan. Untuk sesuatu hubungan itu berjaya, kena ada usaha kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

You alls dengan pasangan, siapa lagi matang? Ke sama-sama tak matang?

- Posted using BlogPress from my iPad

7 comments:

mizzkechique said...

ermm.. sama2 matang.. haha.. *perasan..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kitaorng sebaya..sama matang sama tak matang heehe

salam aidilfitri msred..

pena rozie said...

Memang kalau kene situasi ni kene banyak bersabar.

aimie amalina said...

hehehe
ase die mtg lag kot
walau die mcm bebdk
hahahahah

msredcheesecake said...

pepe pun,bila buat keputusan kena bijak...matang ke tak tak pe...

siti kektus said...

kalau tak matang tahap kanak2 ribena agak jenuh lah. dia kena half2 kot msred, baru seronok. hehe ;p

Cinderella said...

hehe..kalau da dapat bf x matang..kene la banyak2 kan bersabar...harap dijauhkan..grr..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno