September 27, 2011

JANGAN SALAHGUNA BODY YANG CUN

Salam you alls,

Seronoknya kalau dapat body macam Lisa Surihani. Kurus, tinggi. Memang cun. Pakai baju apa pun mesti nampak cun. Kalau orang chubby tak boleh nak sukahati saja pakai baju apa-apa. Certain jenis baju, jenis cutting kita yang chubby tak boleh nak pakai, nanti nampak macam buah pear.

Ada seorang kenalan msred yang sama-sama chubby macam msred pernah cakap kat msred, kalau dia dapat body slim dan cun, dia teringin nak pakai skirt pendek. Tak adalah nampak selulit.

Terkejut sikit msred dengar. Msred balas lah balik lebih kurang macam ni lah maksudnya....

" Kau punya niat nak body cantik tu supaya kau dapat pakai seksi-seksi. Itu pasallah tuhan tak kasi kau kurus. Cuba niat kau nak kurus tak nak gemuk tu supaya senang kau nak bergerak, supaya kau tak senang dapat penyakit, insyaAllah tuhan bagi. Kalau niat kau dah tak betul macam tu, susahlah nak dapat."

Msred cuma nak cakap, kalau tuhan anugerahkan kita body yang cun melecun, jangan salahguna untuk tujuan yang tak baik. Kalau niat kita nak benda tak baik, benda tak baiklah yang kita dapat. Kalau kita niat nak kan benda yang baik, insyaAllah, benda yang baiklah kita dapat.

Msred sendiri pernah tersilap masa muda-muda dulu. Bila dah berumur ni kadang-kadang terasa malu dengan perangai msred masa muda dulu. Tak mahu seksi dah. Tak dapat apa pun.

- Posted using BlogPress from my iPad

14 comments:

rara pinkmafia said...

betul tu sis.

Anum said...

betul la sis
bila dah tua nie rasa malu kan

mizzkechique said...

smla..dulu pernah tersilap.. skang dh blh fkr mn baik mn buruknya..

MerLe said...

betul tu sis.. slalu gk dgr org kte gitu... dlm hati sye jwb "nsib baik kamu takde bodi gtu" hehe.. syukur je ngn apa yg ada...

siti kektus said...

Kalau niat da slh, mmg susah la nk dpt. Huhu

myezatul aQma said...

betol betol...

Sufinah Yussof (SY) said...

ya~ sangat setuju~ Allah tak bagi apa yang kita mahu sebab Allah tahu ape yang kite perlu. ^^

Yatie Awang said...

betul tu, semuanya terpulang pada niat, Alhamdulillah, kalau kakak nan kata gemuk memang tak, kurus sangat pun tak juga, tapi kakak lebih selesa pakai t-shirt muslimah, lagi pun cantik2 t-shirt muslimah sekarang

KaK LimAh Si SupiR said...

betol 2 msred..kalo niat baek tp xbwat p0n dh dpt pahala kan..dlu p0n, limah p0n jahil jgk..tp skrg j dlm perubahan k arah lebey baek..same2 laa kite usaha ^_^

nurfauzi said...

Dari seorang lelaki:

Lelaki ni mudah tertarik pada rupa dan fizikal perempuan..Lagi body cun yang pakai ketat nampak bentuk2 badan tu. (ini memang realiti)

Dari situ, tu yg lame2 boleh sebabkan kejadian yang tak diingini...

Jangan acah-acah kucing dengan ikan...Lame2 dia geram tak dapat, die terkam ganas...

aimie amalina said...

kembali kpd niat kan
kalo niat betol..mesti elok punye
kalo niat x betol
hurmmm
macam2 jadi...

msredcheesecake said...

SY, agree...

kaklimah, kita usaha k...

fauzi, betulla... skang ni byk kucing lapar, pompuan lagi nak agah2 dia

Ezad Skytech said...

kena betulkan niat tu kan...

bersyukur dengan pe yang ada kat kita kan msred.. :D

Pendamba Mawar said...

pendamba setujuuuuuuuuuuuuuu

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno