September 09, 2011

CARA NAK PARKING KERETA

Salam you alls,

Kalau nak parking kereta, boleh tak kita....

1. First pastikan kat situ memang tempat parking. Cuba check ada tak kotak parking? Kalau ada, kemungkinan kita tak kan dapat tiket saman amatlah cerah.

2. Second, pastikan takde kereta lain yang memang dah sampai dulu yang dah siap signal lagi nak masuk parking yang kita usha tu. Jangan potong line orang, nanti dapat maki free je.

3. Third, pasang signal bagitau semua kenderaan berhampiran kita yang kita nak masuk parking tersebut. Kalau orang tak tau kita dah aim nak parking situ, takut ada orang lain yang potong line kita pulak. Tak pasal-pasal kita dapat dosa sebab maki orang.

4. Fourth, dengan berhati-hati masukkan lah kereta kita kat parking space tu. Masuk betul-betul jangan senget bengot. Nanti kereta sebelah susah pulak nak keluarkan kereta dia atau susah nak buka pintu kereta dia. Kang kena maki lagi.

5. Fifth, make sure kalau kita patut bayar parking, pergilah bayar dan jangan lupa display tiket parking supaya tak dapat surat cinta yang meminta kita membuat pembayaran RM 30 atau RM 300. Berlubang pulak poket kita nanti.

6. Sixth, last, jangan lupa kunci pintu kereta, cermin tingkap tutup dengan sempurna dan dalam kereta tak terdapat barang-barang berharga yang boleh dilihat dari luar tingkap kereta. Nanti pencuri mula rasa berminat nak mengumpil tingkap atau pintu kereta kita. Kang sia-sia je buat amal sedekah tapi tak dapat pahala.

Note: Lepas tu jangan pulak lupa tempat parking kereta yea. Berpusing pulak cari kereta bila nak balik nanti.

3 comments:

aimie amalina said...

heeee
entri yg mmbuatkn sy teringt mncri kete satu JJ
heeee
lawok je

ken said...

nice list.. haha.. kalau tak park baik-baik, boleh kena clamp pun! :P

msredcheesecake said...

aimie, akak pon pernah...cari 1 sunway pyramid....angin je....

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno