September 06, 2011

CARA NAK JADI MATANG

Salam you alls,

Kalau terasa diri tak berapa nak matang tapi berminat nak berubah dan belajar jadi matang, bolehlah try jadikan simple tips ni jadi habit.

1. Mula fikirkan orang lain
Kalau sebelum ni kita ashik fikirkan diri kita sahaja dan tak kisah sangat dengan orang disekeliling kita, cuba ubah habit ini. Kalau sebelum ni kita leka dengan cerita diri sendiri, kita boleh start dengan berhenti ashik bercerita tentang diri kita sahaja bila lepak dengan kawan-kawan sebaliknya biarkan kawan-kawan kita share cerita dia orang pulak dengan kita. Bila kita mula mendengar, kita akan mula memahami kawan-kawan kita.

2. Cuba berkawan dengan orang baru.
Kalau sebelum ni kawan-kawan kita semuanya tak berapa matang sama macam kita, cuba berkawan dengan orang yang lebih matang supaya kita boleh mencontohi tingkahlaku mereka yang baik. Mereka yang matang ini boleh bantu kita melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza dengan cara yang lebih matang.

3. Set matlamat hidup.
Orang yang kurang matang ni biasanya cuma fikirkan masa sekarang dan kurang fikirkan tentang masa depan. Cuba set matlamat hidup kita ke arah yang lebih baik. Kalau dulu selalu buang masa dengan sesuatu yang tak berfaedah, sekarang bila dah ada matlamat, masa kita akan terisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Dengan kita berusaha untuk mencapai matlamat, kita akan mula berfikir dan bertindak dengan lebih matang.

Dengan menjadi orang yang matang, tidak bermakna kita tak boleh lagi berperangai macam budak-budak langsung dan tak boleh berseronok. Kita cuma perlu tahu bila masa nak jadi budak-budak dan bila masa kita perlu jadi lebih matang.

Note : Msred jadi matang bila situasi memerlukan msred menjadi lebih matang. Waktu lain msred lebih suka berperangai budak-budak dan chill.

- Posted using BlogPress from my iPad

17 comments:

Fad said...

pengalaman sendiri eh ni...cf xtau cf matang ke x..tp kalau org br kenal tgk muka first msti ingat cf baru 25...adakah itu xmatang?huhu

..cik gugu.. said...

tp kdg2 matang 2 mnyakitkn~

MerLe said...

kita serupa~ hehe

Kakkoii said...

cube berkawan dgn orng tue2.. kompom pemikiran and gaya percakapan jadi matang

Rai said...

matang biarlah kena dengan tempatnya kan..jgn sepanjang masa pun nak matang..macam org tua la pulak..hehe..

saya suka nak maintain kelihatan muda..hahaha..

rara pinkmafia said...

setuju ngan akk =)

aimie amalina said...

hhehehe
samalah dgn akak
time ada mslh tetibe mtg
bile time lain..aiyakk
cm bdk sekolh..hahhaha

Anum said...

sgt2 setuju

msredcheesecake said...

kena tau bila kena matang bila tak perlu....baru keputusan yg dibuat lebih baik...

siti kektus said...

kite tak suka nmpak matang sgt. tp sesetengah keadaan memerlukan kite jadi matang. kan msred? hihi ;p

iMBobo said...

kena ikut keadaan hehe.. :)

Cinderella said...

erm kadang2 mmg kene matang..kalau x xde mse dpn pulak..hehe..betul cara msred tu matang ikot tempat hehe..

♫ManB0yz™♪ said...

em pasal matang ea? Segala dugaan yg dtg pd kita yg sedikit sbnyk mematangkn diri kita tntang kehidupan ini. . . .hehe entah betul ntah x aq type ni,haha. . . . .papepun matang biar btempat gaklha

Shera Begum said...
This comment has been removed by the author.
Shera Begum said...

mohon share (^_^)

Cik Yaya said...

Yaya pulak berpewatakan lebih kepada budak2, tp pemikiran lebih kepada matang..huhu

Lynn Damya said...

Betul3... :D sy ni boleh lah dikatakan matang, tp suka tgk kartun lagi ! haha

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno