September 20, 2011

CARA NAK HORMAT RAKAN SEKERJA

Salam you alls,

Antara golongan manusia yang kita akan sering jumpa dan duduk bersama adalah rakan sekerja atau rakan yang satu jabatan dan satu tempat kerja, satu tingkat dengan kita. Untuk memastikan kita dapat melakukan kerja kita di pejabat dengan baik, hubungan kita dengan rakan sekerja hendaklah dijaga.

Apa yang boleh kita lakukan supaya hubungan kita dan rakan sekerja kekal baik....

1. Selalu senyum, biar hati yang marah, jiwa yang stress akan rasa tenang.

2. Selalu bertegur sapa, biar dia tahu kita mahu berkawan baik dengan dia.

3. Rajin tolong apa yang patut, biar dia nampak betapa berharganya persahabatan dengan kita.

4. Hormat dia sebagai makhluk, biar dia rasa kita menghargai dia.

5. Pelawa dia makan sama atau bergossip sama atau tengok cerita yang didownload bersama, biar dia rasa seronok je kawan dengan kita.

6. Jangan over menyibuk sampai dia pakai panties kaler apa pun nak tahu, biar dia tahu kita hormat privacy dia.

7. Sekali sekala belanjalah dia makan cupcake ke, mekdi ke, biar perut dia kenyang. Orang selalu rasa hormat dengan orang yang buat dia rasa kenyang.

Banyak lagi cara yang boleh kita buat supaya hubungan kita denga rakan sekerja kekal harmoni. Nak tambah?

- Posted using BlogPress from my iPad

10 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

cmner nak tegur org yg suka buang air kecil tak reti cuci dgn elok??

geram toi.. waa..

p/s: wah,hhpy birthday utk anak sis ea..

mizzkechique said...

mekaseh ms.red.. tp bila kt hormat diorg, diorg lak bz body.. kesah dalam selimut pun nk tau..

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

ala kalau kte je baik dorg macam hareem tak guna gak..blkg baik punye tikam..

siti kektus said...

Bkn stakat rkn kerja, kwn2 skolah, kwn2 yg lain pon kne jge hbgn kan msred. HeheBkn stakat rkn kerja, kwn2 skolah, kwn2 yg lain pon kne jge hbgn kan msred. Hehe

KaK LimAh Si SupiR said...

kalo bwat open house ajak p rmh ^_^

aimie amalina said...

weeeee
abek akak!
ni persediaan utk saya ke arah dunia koje ni x lame lagi nih
hehehehe
maceh akak!

iMBobo said...

no 6 tu kelakar lah hehe.. yg penting kita saling mghormati :)

msredcheesecake said...

Nuyui, next time kalu tau dia kat luar tunggu kita keluar dari toilet, sengaja biar tak flush bila kita keluar....

Mk, sengeh je sampai dia blah....

Ladybird, bersedia dgn org mcmni....

Bobo, betul, saling....

~iz~ said...

dn lagi buat apapn biar ikhlas..hehe

nurfauzi said...

Nak hormat orang lain, hormati diri sendiri dahulu dengan menjaga tatatertib dan penampilan sebagai seorang Muslim. Insyaallah....

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno