September 27, 2011

APALAH DOSA AKU

Salam you alls,

Kita manusia ini memang akan seringkali diuji dengan segala macam musibah. Ada yang berat musibah yang menimpa, ada yang kurang berat. Hanya iman dan kasih kita pada Dia yang akan tentukan bagaimana kita akan hadapi musibah yang menimpa.

Yang msred tak berapa nak faham sampai sekarang, kenapa ada sesetengah manusia yang ditimpa musibah akan bertanya, " Apalah dosa aku sampai aku diuji sebegini?"

Hebat sangatkah kita nak bertanya begitu? Apa baik sangatkah kita ini sampai merasakan yang kita ini tak ada dosa sampai dibalas dengan musibah? Msred rasa malu bila dengar ada yang berkata begitu. Msred malu nak bertanya begitu kalau msred ditimpa musibah.

Rasanya lebih elok kalau kita bertanya begini bila ditimpa ujian dan musibah,

"Adakah musibah ini balasan di atas dosa ku yang lalu? Agaknya dosaku yang mana? Pasti kesilapanku itu besar hingga tuhan menguji aku sebegini."

Adalah lebih baik begini jawapannya agar timbul penyesalan dan akhirnya akan timbul keinginan untuk memperbaiki niat dan tingkahlaku.

- Posted using BlogPress from my iPad

23 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

astaghfirullahalazim..kdg2 kaklimah penah bertny begitu T_T

mizzkechique said...

yela, MK penah gak kata mcm tu.. huhu

nurfauzi said...

Nada suara mengungkapkan ayat pun perlu diambil kira...

Contoh ayat "apalah dosa aku"
kalau nada kecewa dan marah, tak molek..Tapi kalau dalam nada penyesalan dan muhasabah, itu elok..

ape pun,mari bersyukur setiap mase...

nurfauzi said...

Nada suara mengungkapkan ayat pun perlu diambil kira...

Contoh ayat "apalah dosa aku"
kalau nada kecewa dan marah, tak molek..Tapi kalau dalam nada penyesalan dan muhasabah, itu elok..

ape pun,mari bersyukur setiap mase...

aimie amalina said...

huuu
betol tu kak
mmm..iso gak kekadang
mengeluarkan ayat cenggitu

Zul Fattah said...

kak.. pernah acap kali saya ucap pertanyaan itu..
sebab masa tu.. kaki saya sakit sangat.. xleh nk bjalan.. lama2, sakit ni dah jadi biase.. mungkin sakit ni, dpat hapus dosa2 lalu saya..

Anum said...

anum kadang2 pernah bertanya begitu

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! said...

ada musibah datang sebab Allah nak bagi pahala.... pahala kesabaran...

fazrulnoor said...

betul, tgk niat dan nada kita kata tu..ade yang kata seperti itu ttp membawa maksud yang seperti msred maksudkan itu..nada saje yang berbeza dan membawa maksud yg lain

Faaein Talip Roy said...

opps.. kadang2 terluah juga ayat tu.. [-__-]

hidup ni memang tak akan lengkap tanpa ujian...

EyqaLuvender said...

ermmm...kna muhasabah diri lg la pasni...sesungguhnye Allah takkan pnah m'dtgkn ujian yg ta mmpu ditanggung oleh hambaNya.

Tasha said...

insaf2..manusia mmg selalu merungut.

ayu zan said...

agree..
kita manusia biasa xlari dr d0sa yg banyak..

ekabukanmakcikkau. said...

aku tak pernah cakap macam tu sebab aku rasa berdosa dan ayat tu pon nampak skema . hik3

Cinderella said...

kdg yg x ckp tu mgkin xpernah sedar ape yg sdg dicakapkan tu..

Liyana Zahim said...

Allah mnurunkan ujian pda hamba-NYA mampu shj.. Msred mampu sbb tulah die trunkan ujian tu.. Ujian tu tnda die syg kt so tat kt salu igt kan die.. :)

Ezad Skytech said...

semua yang terjadi tu ada hikmahnya..akan ajar kita jadi seorang yang penyabar..

Areliff said...

kadang-kadang musibah ni bleh menyedarkan kita dari membuat kesilapan..apa yang penting ianya jugalah yang akan mematangkan diri kita neh :)

Bro ahmad said...

ada musibah untuk kita menilai dan insaf dari terus dibuai alpa dan kelekaan.

Hanis MY said...

allah takkan menguji hmbanya sekiranya ia di luar kemampuan...

Run Away said...

sebagai manusia yang selalu merungut..sy pun penah terpikir mcm tu...;d

msredcheesecake said...

nurfauzi, betul juga.... tapi kebanyakannya cuba menyalahkan takdir...

azza, betul kan?

liyana, harap begitulah...

bro, tu pasal jgn bersungut betul tak? perbaiki diri...

.:shura shushi:. said...

JUJUR saya slalu berkata begitu :(

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno