September 26, 2011

AKU BUKAN AMOI

Salam you alls,

Seumur hidup msred, dah banyak kali amoi atau nyonya atau apek menegur msred dalam bahasa cina. Msred dengan pantas akan menggeleng kepala sambil cakap..... " Saya melayu, bukan cina." Dan selalunya akan dibalas begini.... " Aiya, soli a. Saya ingat you amoi tadi."

Dah biasa, kadang-kadang annoyed juga tapi dah biasa. Redha je.

Teringat kisah lama waktu msred bekerja disebuah travel agency di KL. Ada seorang awek ni yang bekerja di travel agency yang lain bertanya pada msred.

" Kau ni mesti ada keturunan cina kan? Nenek kau yea?" Dengan konfiden dia serkap jarang.

" Mana ada. Aku keturunan melayu sejati. Tak de cina lah." Dengan muka konfiden juga msred menyangkal sangkaan kawan msred ini.

" Ye la. Aku rasa kau ni memang ada keturunan cina. Mesti belah mak kau sebab mak kau pun macam cina." Tinggi betul tahap konfiden dia ni.

" Tak adalah. Belah mana-mana pun tak de keturunan cina." msred mula menegaskan nada suara msred.

" Ya ni, aku tau kau mesti ada campur cina ni." melampau betul konfidennya dia.

Last-last msred malas dah nak layan dia msred cakap, " Sukati kau lah" Angkat bendera putih tanda malas nak berbalah dah.

" Ha.... Kan aku dah cakap. Kau ni memang ada darah cina. Mata sepet je."

Dalam hati msred cakap.....

Ni siapa yang lagi tahu susur galur keturunan aku ni? Kau ke aku? Beria pulak bagitau aku yang aku ni ada campur dengan cina. Dahlah, malas nak layan kau.

Msred mulalah buat muka annoyed, tapi mulut diam saja.


- Posted using BlogPress from my iPad

11 comments:

Anum said...

hehehehhe
mesti msred geram je kan

Ary said...

mesti comel n cute msred nih...

Adylia Qarissa said...

hahahaa..next time msred 'iya'kan ajer pa dorang cakap..nanti dorang diam la..heheeee..

mama maman said...

hhhaaa... dolo2 ms tak pakai tudung pernah gak ai kena gorat ngan apek2.. ingat ai nih amoi.. hheee.. tp ai nih mmg ada pu darah cina datuk nenek dolo2...:)

KaK LimAh Si SupiR said...

ahaha..laen kali ckp ye j kt diorg, msred..kalau nmpk cnfident diri tgi sgt, bwat xtau j dahh,,huhu :P

fRaMe+LenSeS said...

hihihi. nadh ni dlu2 ja. skg dah tak lagi. :D

Pendamba Mawar said...

hai amoi..
:)

hehe.. sabor je la..haha.. msred ni comel cam amoi kot..heehe

Run Away said...

msred mesti comei...kan....;d

nurfauzi said...

Tak mengapelah...asalkan kite beragame islam..alhamdulillah..

anismelon said...

mate msred sepet ke..untung la kene pangil amoi bukan aci..weeee..:p

msredcheesecake said...

msred takde la comel, cuma kuli tu cerah dan mata agak sepet... tapi mmg takde darah cina

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno