August 29, 2011

TIPS POTONG DAGING

Salam you alls,

Dah sampai kampung? Sibuk masak ke, kemas rumah ke, sibuk shopping lagi?

Msred baru je habis siang daging 5 kg nak dibuat rendang untuk seluruh keluarga msred makan 1 Syawal nanti. Part potong daging dan sediakan bahan rendang je msred buat, yang masak mak msred. Heehheee....Mak msred punya rendang jauh lebih sedap dari msred punya rendang. 

So, tiap tahun msred cakap, " ...... (nama manja msred dengan mak) sediakan daging dan bahan rendang, mak masak ok?"

Mak msred dalam terpaksa cakap, " Yelah." Dalam hati dia mesti cakap....'hampeh tul. Tak guna ada anak perempuan. Dah kawen pun suruh aku masak rendang raya.' Heee...... Nanti bagi duit raya kat mak. Love u.





You alls, nak potong daging ni ada caranya yang patut kita ikut supaya daging tu nanti lembut, takde lah liat dan menyusahkan orang yang giginya tak cukup kuat nak mengunyah daging liat (bukan gigi msred).



Kalau nak senang potong daging, lepas keluarkan dari peti ais, biarkan dia sampai separa beku. Kalau daging tu ala-ala keras/beku sikit, daging lebih senang dipotong dari kalau dia tak beku langsung. Then, kita tengok arah urat daging tu. Uratnya line kaler putih kat daging macam kat gambar atas. Kalau tak tahu macamana nak tengok, tanya mak you alls. Mesti dia tahu. Make sure kita potong daging tu merentas uratnya. Jangan potong ikut arah urat dia, nanti dagingnya tak lembut. Potong pun janganlah besar sangat, potong size kecik comel je.

Cara lain yang msred guna kalau nak daging lembut, msred masak guna preasure cooker. Lembutlah daging tu walau pun tak potong merentas urat.

Note : Sakit tangan siang daging 5 kg. Tapi tak pe. Nanti dapat makan rendang mak msred yang lazat sampai menjilat pinggan tu.

9 comments:

sYafIk-wAy said...

mnnti daging msk rendang . wahhhh

M Firdaus Mohd said...

5 kg? sikitnya ahah, nenek kat kampung beli 15 kg daging 10 ekor ayam, keluarga Miss Red ni kecil je ke? nampak sangat keluarga sya besar.ahhaa. :P

NisaAdnan said...

amboiii kemain 5kg, Tok org buat 4kg je. hehe

Hanis MY said...

nice tips.. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...

msredcheesecake said...

firdau, cuma mak,dan adik beradik msred jer

nisa, kitaorg kuat makan...hhee

Nava Krishnan said...

great tips and thanks for sharing.

KuNanGKuNanG said...

kene potong tentang uratnye..mak sy mask rendang daging 2kg, rndang kerang 5kg,kari ayam 3ekor..xsabar tunggu sok.he3

zely1982 said...

1 lagi tips nk melembutkan daging adalah dengan menggunakan api yang perlahan ketika memasak..

Juliza Sihatnatural said...

fuh..5kg satu family..huhu...memang kematu tangan nak siang daging tuh..tapi seronok bila berkumpul reramai

btw..jom lawat blog saya

www.sihatnatural.blogspot.com

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno