August 24, 2011

TAK BALIK KAMPUNG

Salam you alls,

Dulu waktu study, setiap kali menjelang Syawal msred akan jadi pemerhati setia kawan-kawan msred sibuk beli tiket bas nak balik kampung raya. Sibuk kemas beg berisi baju raya baru dan buah tangan untuk keluarga di kampung bersedia nak balik beraya di kampung.

Bila cuti raya dah habis, msred akan jadi pendengar setia cerita kawan-kawan msred tentang kemeriahan beraya di kampung.

Ok, kampung msred kat Shah Alam. Memang dari dulu, msred tak balik kampung untuk beraya. Msred cuma beraya di Shah Alam, rumah mak. Sedara mara pun tak ramai, semuanya tinggal kat ibu kota. Msred cuma beraya kat ibu kota je lah.

Kali terakhir msred raya di kampung, masa sekolah rendah. Memang feel raya kat kampung lain dengan raya kat bandar. Raya kat kampung lagi best, kemeriahnnya lagi terasa. Kalau kat bandar kurang best sikit. Kemeriahnnya tak sama, tak se gah di kampung.

Teringin betul nak jadi macam dulu. Menjelang raya je sibuk dah nak balik kampung. Tolong bakar lemang, buat rendang. Kalau kat kampung persiapan satu Syawal dibuat bergotong royong satu kampung. Tu pasal meriah. Nak gotong royong buat persiapan raya kat bandar, mana ada orang nak buat.

Bila dah kawen, dapat pulak pasangan yang kampung dia pun kat Shah Alam jugak. So, tak de la merasa nak balik kampung jugak. Hhehhee.... Raya kat sini je la.

Note : Pernah jugak msred cakap kat mak msred, suruh dia beli rumah kat kampung. Suruh dia duduk kampung supaya nanti bila raya msred boleh balik kampung. Hheeee.....mak msred malas nak layan permintaan msred yang satu ni.

10 comments:

pena rozie said...

Tahun ni PR dapat balik kg. suka...suka...suka....

KuNanGKuNanG said...

mesti time raya tu s.alm sunyi & lengang je kan.

:: Mrs.Eady :: said...

same la..dari kecik takde kg..kl jek..

aizamia3 said...

samaler kita.. dapat en. suami orang KL.. tapi biasanya petang raya akan balik kampung ai kat selatan.. hehehe.. best2.. TAPI tahun ni ai raya kat KL.. jadi mailer datang beraya kat Meru-Klang..

mizzkechique said...

meh blik kg MK meh.. johor je, xjauh pun..

.izzati liyana. said...

saya dapat jugak la merasa raya kat kampung. meriah kalau semua sedara balik. kalau tak, sama je kosong. :)

anismelon said...

raya kat kampung best..nampak suasana raya..kat bandar..ape yg ade..heeee..yey balik kedah..

YanaMIB said...

ehehh raya KL pn best pe msred..sy pn last raya kt kampung yg mmg kampung ms skolah menengah..xingt la form brape..

eh atok sy pn duk s.alam..akak duk seksyen brape?? atok sy duk seksyen 2..hihi~ 1st raya ni ada la sy kt s.alam nunn =)

Ly_Tulip said...

Alaa, Kira msred okay la gak penah raya kat kampung gak.. Macam Ly ni mana penah nak raya kampung.. TIAP2 tahon raya kt bandar metropolitan ni.. Hahaha

msredcheesecake said...

Pr, eleh....nak bagi org jeles la tu...

Kunangkunang, dulu lagi sunyi...

Aizamia, raya klang....masak ape first raya?

Mk, bule ke bawak satu family msred sekali? Hhee

Zaty, jeles la...

Anis, babab kang...hhee

Tulip, lagi tak best langsung ak pernah rasa...hhee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno