August 31, 2011

SATU SYAWAL 2011

Salam you alls,

Macamana raya tahun ni? Meriah? Suam-suam? Harap-harap biarlah semuanya berpeluang bergembira dalam apa cara sekali pun asalkan dengan cara yang betul.

Raya pertama msred biasa je. Di Shah Alam. Selepas sarapan dan sesi bergambar dengan keluarga msred kat rumah mak msred, kemudian pergi menziarahi mereka yang dah tiada. 


                                            

Destinasi kedua lepak raya di rumah kakak ipar msred di Shah Alam jugak. Mak mertua beraya di kampung suaminya, Kelantan. Di rumah kakak ipar msred je
seharian sampai malam. 



Nak pergi rumah saudara yang lain, dia orang berada di kampung dia orang. Kawan-kawan msred pun beraya di kampung masing-masing. Seperti raya tahun-tahun yang lepas, msred sekeluarga lebih banyak lepak je daripada beraya. Nak beraya kena tinggu saudara mara dan kawan msred balik ke kota semula dulu. Kesian msred kan. Layan tv je sambil mengunyah ketupat dan rendang.



Siapa nak buat puasa enam? Bila nak start?

2 comments:

Haida said...

wah bestnya sedondon lagi...Selamat Hari Raya...maaf zahir batin.. msred

msredcheesecake said...

Selamat hari raya haida....

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno