August 19, 2011

SATU PUN TAK DAPAT

Salam you alls,

Ada tak diantara you alls yang dapat kad raya tahun ni? Yang bagi kad raya? Tak de? Kesian you alls ni.

Samalah dengan msred. Dah tak ingat dah bila kali terakhir dapat kad raya. Tapi rasa seronok dapat kad raya tu masih terasa sampai sekarang. Tiap kali raya berhabis duit belanja sekolah nak beli kad raya. Untuk semua kawan-kawan yang best termasuk jugak kawan yang tak berapa best. 

Sekarang ni mana ada dapat kad raya. Dapat sms raya adalah. Mana sama. Feeling dapat kad raya ni lain sebab dalam kad raya ada gambar, madah raya, lagu. Best sangat. Kalau sms raya setakat...

"Selamat menyambut syawal, maaf zahir batin." 

Lepas tu send sms yang serupa kat semua kawan dalam phonebook. Tak de soul langsung. Ok msred over mengada. Nak berkad-kad nak bermadah-madah raya bagai. Salah ke? Yang kelakarnya, kadang-kadang masa bagi kad raya kat kawan-kawan, siap ugut tu.....

"Kalau ko tak balas jangan datang raya rumah aku." 

Sesiapa yang tak balas tahun depan dah tak dapat dah kad raya dari msred. Hehheee.....tipu, tu cuma ugutan je.


Note: Msred tak pernah bagi kad raya kat diri sendiri. Saja je nak bagitau. Kalau ada sesiapa nak hantar kad raya kat msred silakan. Dialu-alukan. Terima kasih.

11 comments:

!! YaNa YassiN !! said...

YY pun dah lupa bila last dapat kad raya,.. huhuhuh

PeNmeRah said...

kite pn da x dpt kad raye thn ni..
btw,hye msred..mesti minat merah jg kan..

Nizam Ijam said...

saya pon dapat..esok kot review :)

fiq. said...

sedihnye dah tak dapat kad raya,,, dulu heaven gile kalau dapat kad raya biarpon byhand je,,kawan2 sy yang kaum lain pon ade bagi =]

btw msred, here;

http://kulitkalercoklat.blogspot.com/2011/08/95-111-followers-giveaway.html

fRaMe+LenSeS said...

nadh last dapat kad raya masa ada gepren dlu je. ehhe

msredcheesecake said...

pen merah, cinta sama merah...sama ke kita?

nadh, skang takde gf da ke?

al_hakim said...

huu.lame jugak tak dpt...

Taufan Bin Ribut said...

last dapat kad raya minggu lepas.hari ni belom dapat lagi ^_^


Entri Terkini :Meriam buluh versi moden minimalis glamour

Entri terdahulu :Tips untuk bangun sahur versi
#haramjadah

Iffah Afeefah said...

sbr jek la kn

mjur taun ni de y nk bg

msredcheesecake said...

taufan, ramai peminat nie...hheee

ran, ni jeles ni...

Hidayah Bach said...

hehehe...
zaman IT...
ikut mana yg canggih lagi mudah la kan..

tapi...kalau dapat kad raya tu lain kan rasanya..

ala..tetiba rindu pulak zaman tunggu pakcik posmen dibulan puasa dulu..

hihii...buat satu entry cerita pasal nih pun bagus jugak kan..?

haha..jom tukar cerita tukar pengalaman sesama..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno