August 27, 2011

SATU BALANG DAH HABIS DATANG LAGI SATU BALANG

Salam you alls,

Semalam baru pergi beli baju raya untuk msred dan mr bf. Baju si kecik kiut bertiga dah beli awal-awal. Baju yang tua ni beli lambat sikit. Itu pun tak habis shopping lagi. Continue hari ni. Mesti ramai orang. Malas nak bersesak tapi dah pilih nak shopping last-last minit, hadap jela.

1 Syawal belum lagi tiba tapi satu balang kueh raya dah habis dikerjakan oleh msred, mr bf dan si kecik kiut Iffan dan Ian. Hhheee...Tak menyempat nak tunggu raya.

Semalam jugak dapat kueh raya tempahan. Satu-satunya kueh raya yang msred tempah sebab sedap melampau di tekak msred. Rm 27. Berbaloi untuk kueh raya sesedap itu. Kueh raya yang lain, nanti msred pergi kedai jual kueh raya, msred tunjuk je mana berkenan lepas mr bf bayar, lepas tu bawak balik rumah, lepas tu tengok je sampai raya nanti.

Yang ini beli untuk mak msred. Dia suka kueh ni. Tapi nanti msred jugak yang makan dulu. Hehheee..

Msred suka borong kueh raya pada malam raya.

Note : Baju raya msred yang dibeli semalam nak kena pergi tukar sebab besar.

4 comments:

Urzain Hussain said...

macam sedap je almont london tuh..
huhu..:)

.izzati liyana. said...

lah. tak test dulu ke before beli?

tahun ni pon family saya beli kuih siap je semua.

msredcheesecake said...

urzain, mmg sedap...budak ni buat kueh raya sumer sedap...

zaty, takde fitting room....

Hidayah Bach said...

adoiii...cerita pasal biskut raya lagi...
hahaha...dayah nih pun dah mula ready nak buat cookies...
tapi baru buat list brg nk beli la..

biskut raya nih karang kalau buat awal cepat abih..hehe..

nak beli ..?
huhu..tunggu org lelong mlm raya..
tu pun kena pilih2...takut terkena yang tak sedap..hihi..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno