August 18, 2011

SALAH KE MEMILIH?

Salam you alls,

Orang selalu cakap pada penganggur, " Jangan memilih kerja sangat, terima je kerja yang ada."

Salah ke kalau memilih kerja? Salah ke kalau kita set kriteria kerja pilihan kita? Kalau tak mahu menganggur lama, kita kena ikut cakap orang, ambil je kerja apa yang ada. Adakah itu tindakan yang betul?

Entahlah. Depends kat banyak perkara.

Personally, msred rasa tak salah kalau kita memilih kerja. Kita tentu ada matlamat dan keutamaan kita sendiri. Bagi msred, kita kenalah pilih kerja yang boleh membantu kita capai matlamat kita disamping tidak mengenepikan keutamaan kita. Tapi kriteria kerja pilihan tu janganlah melampau dan tak munasabah.

Kita biasanya tentu nak cari kerja yang bersesuaian dengan minat dan cita-cita kita. Kalau kita minat kerja-kerja yang memerlukan kebebasan berkreatif, tak kan kita nak terims kerja kerani kewangan. Kita suka kerja yang kreaif macam menulis atau fotografi, boleh ke kita kekal happy kalau kita buat kerja kerani kewangan yang bermain dengan nombor dan formula? Kalau hati tak happy di tempat kerja, boleh kah ianya tak mengganggu produktiviti kita yang sebenar?

Macamana kalau kita ikut cakap orang terima je kerja apa yang ada, lepas 5 - 10 tahun, tiba-tiba kita sedar kita tak happy dan selalu je rasa tention sebab hari-hari kena buat benda yang kita tak suka dan lupakan kerja idaman. Macamana kalau at that time buat keputusan nak berhenti kerja dan kejar cita-cita kita? Kan buang masa tu.

Pada adik-adik yang nak cari kerja, hati-hati buat keputusan. Jangan bazirkan masa kita terima kerja yang bukan minat dan cita-cita kita, then after several years, decide nak berhenti dan tukar kerja.

Tapi kalau kita dah buat keputusan nak terima kerja yang bukan menjadi cita-cita dan minat kita, kita kena terima 100%. Jangan ada perasaan berbelah bagi pulak.

Note : Sekarang msred cerewet kalau cari kerja. Mesti dekat dangan rumah, weekend cuti, gaji boleh runding, no outstation, bos hensem, sektor kerajaan.

No comments:

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno