August 11, 2011

PUTUS CINTA, PEREMPUAN LEBIH TABAH DARI LELAKI

Salam you alls,

Betul ke? Betul ke kalau putus cinta, perempuan lebih tabah dari lelaki? Berdasarkan pengalaman you alls, beul ke?

Bagi msred pulak, kalau putus cinta bukan di atas kehendak sendiri, pasti kita akan bersedih, tak kira lah lelaki ke perempuan. Sama je. Cuma, dari luaran, kita lihat seperti perempuan lebih tabah menghadapi dugaan berbanding lelaki.

Kenapa msred kata dari luaran?

Macam msred cakap tadi, kalau putus cinta dah tentu kita, lelaki atau perempuan sama-sama akan rasa sedih dan kecewa. Cuma, sudah jadi lumrah, keistimewaan perempuan yang pandai sembunyikan perasaan sebenar.

Perempuan, kerana kebolehan semulajadi mereka, suka dan pandai menyembunyikan perasaan sebenar mereka. Mereka lebih selesa melayan perasaan sendiri dari menunjukkan perasaan sebenar pada orang lain. Perempuan boleh tersenyum walaupun hati dia orang sedih. Lelaki pun tak suka tunjuk perasaan sedih putus cinta kat orang lain, tapi lelaki tak pandai sembunyi perasaan sebenar. Kalau lelaki sedih atau down, biasanya kawan-kawan dan family dapat detect sebab jelas kat muka lelaki dia orang sedang bersedih.

Lagi satu kebolehan semulajadi perempuan ialah pandai memujuk. Perempuan lebih pandai memujuk dari lelaki. Bila perempuan sedih, dia orang akan pujuk diri sendiri. Perempuan tahu macamana nak pujuk diri sendiri supaya tabah hadapi dugaan putus cinta. Lelaki tak pandai memujuk. Nak pujuk girlfriend pun kebanyakan lelaki tak tahu, nak pujuk diri sendiri lagilah tak tahu. Lelaki akan biarkan je perasaan sedih dia dengan anggapan ianya boleh hilang sendiri. Tu yang kadang-kadang perempuan lebih cepat recover dari sedih putus cinta dan lelaki lambat nak bangun semula lepas putus cinta. 

Bagi msred, kalau putus cinta bukan kerelaan kita, lelaki atau perempuan sama-sama akan rasa sedih dan down, cuma luaran memang akan nampak seperti perempuan lebih tabah hadapinya.Bila perempuan berjaya sembunyi perasaan sedih dia orang dan berjaya pujuk hati dia orang, maka nampaklah macam perempuan lagi tabah hadapi ujuan putus cinta berbanding lelaki. 


13 comments:

mizzkechique said...

setuju dgn ms.red.. lelaki lak klu pts cinta cpt dpt pengganti, alasannya sunyi xde pasangan hdp.. cehhh

Cinderella said...

erm2..depends la jugak berapa lama mereka dah bercinta n berapa serius..bg yg putus tunang bgi ambik masa kot..lelaki dye sdh2 lepastu kejap jer dh dpt pggnti..perempuan walaupun dye pendam kesedihan dye..da lame baru ader peggnti

Abby Salvatore said...

ppuan x suka campur aduk kan hal2 emosi ngan hal2 lain.
Kat luar atau tempat keja ppuan biasanya nmpk hepi n tenang jek padahal bila balik rumah trus emosi sensorang...kekeke

..cik gugu.. said...

pmpn leh luahkn melalui menangis tp lelaki susah.. so pmpn lbh cpt lega.

Hanis MY said...

betul2 tang bab pujuk diri sendiri tu...bila menangis akan rasa lega...

.:shura shushi:. said...

tak jugak..kdang2 laki lebih cool..p0mpuan nie kdng2 meroyan coz xleh terima hakikat

**base on my experiences =)

Anum said...

anum setuju tentang pujuk diri sendiri
betul sangat2

KuNanGKuNanG said...

sy mmg pandai pujuk diri sendiri,nak pujuk org lain jgn harap la ye..kih3

Gee said...

nway..kalau putus nie bukan kita yg nak..mybe dah takdir..x apa..yang penting cuba tenangkan diri..x kisah la lelaki atau perempuan...dia bukan segala galanya...senang cerita pujuk la hati sendiri..(^_^)

anisalya said...

macam suami saya kata...

perempuan bab menangani kehilangan lebih kuat dan tabah berbanding lelaki...

msredcheesecake said...

most of the time mmg perempuan lebih tabah.tapi ada jugak sebaliknya...

Nur Rashidah said...

btol3....setuju sgt2...

besar macam mana pun dugaan, perempuan pandai sembunyikan...

nampak macam happy kat luar, padahal dalam hati, tuhan je yg tahu sedihnye..

ikram said...

Salam.. Sy prnah bkasih pd umo 22 tahun.. Dan hbungan saya dan dia sungguh rapat dekat 5 tahun kami rapat.. Smpai lah kami putus atas sesuatu yg remeh.. Sebab ego dan xmatang, sy sgt sayangkan dia... Org lelaki kadang2 ad masanya dia sdah khilangan harapan dgn org yg dia kasih, mereka suka pujuk utk buat prmpuan snyum dgn ap cara sekalipun.. Kes sy.. Dia rasa kita ad masalah psefahaman dan mahu putus.. Sy mmg xsangka.. Sy tahu dia nk cabar sy, lama juga dia x hubungi sy.. 3 bulan lpas tu sy dijodohkn dri kluarga sy, sy akn bkhwin 2 bulan lpas tu... Tba2 smpai msj dia tnya khbar.. Blindang air mata saya sbb sedih kerana sudah terlambat.. Nilah padahnya ego.. Wlupun sy dah maafkandia dia ttp keras kepala.. Skrg sy bisness sndiri.. Stiap kali sy lyan istri sy.. Sy tringatkan dia.. Sy msih rndukan dia.. Tp smuanya dah terlambat... Kpd org ppuan.. Jgn buat mcm ni.. Lelaki ego tp dia sgt pemaaf kalu ppuan trima kslahan dan faham masing2 buat silap.. Jgn ego sgt derr..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno