August 01, 2011

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Salam you alls,

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:

Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk
soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.

- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Selamat berpuasa.

4 comments:

mizzkechique said...

pitam sepanjang hri sama x dgn tidur sepanjang hari?

myezatul aQma said...

so,jomlah jaga puasa kita

Areliff said...

sama2 kita hayati utk mendapat keberkatan bulan ramadhan..:)..cantik msred tudung :))

msredcheesecake said...

mk, ade ke org pitam sepanjang hari?

aqma, mesti jaga supaya dapat markah penuh...

areliff, sama2 kita berusaha....tengs...hheee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno