August 15, 2011

PASTIKAN DIA ORANG TAK HILANG

Salam you all,

Heaven la semalam. Seronok dapat bawak si kecik kiut bertiga tu shopping baju raya. Lega rasanya bila dah settle kan baju raya dia orang. Cuma baju raya msred dan mr bf je belum lagi. Lambat sikit tak pe, janji si kecik kiut bertiga tu dah dapat dah baju raya. Balik rumah terus si kecik kiut bertiga tu tyr baju masing-masing. Seronok dia orang sampai tak nak bukak dah. Kena lah pujuk pulak supaya buka dulu and simpan, pakai bila raya nanti.

Walaupun baru minggu kedua Ramadhan, ramai betul orang shopping semalam. Baju melayu untuk budak kecik banyak yang dah takde size. Msred pergi shopping kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Kawan-kawan suggest pergi Jalan TAR, tapi msred malas la. Kat Jalan TAR tu lagi ramai orang. Susah nak bawak budak kecik kiut bertiga tu.

Msred minta mak msred teman msred shopping sebab nak minta dia tolong tengok-tengok kan budak kecik kiut tu, takut hilang. Parents sebok shopping selalu terlepas pandang anak-anak, tau tau dah takde kat sebelah. Kalau jumpa balik tak pe, kalau terus tak jumpa? 




Apa yang msred buat untuk make sure si kecik kiut bertiga tu tak hilang kat shopping mall? Meh nak share. You alls boleh praktikkan kat anak sendiri, anak buah, anak buah boyfriend/girlfriend, anak kandung boyfriend/girlfriend atau boyfriend/ girlfriend you alls.

1. Mesti ada orang dewasa yang temankan msred setiap kali nak pergi shopping. Boleh tolong pandangkan si kecik bila msred sebok nak mengusha baju, kasut atau handbag.

2. Kalau berjalan, msred akan suruh si kecik jalan kat depan msred. Dia orang tak suka kalau msred pegang tangan dia orang sebab si kecik kiut Iffan dan Ian perasan dia orang dah besar. Nak mengelakkan dia orang hilang, msred biar dia orang jalan sendiri kat depan msred, tak boleh kat belakang. Nanti tak nampak.

3. Msred selalu pesan kat si kecik kiut Iffan, "Abang Iffan, tolong tengok kan Ian yea. Jangan bagi dia nakal-nakal sampai hilang tau." Ajar Abang Iffan tanggungjawab. Bukannya msred totally suruh Abang Iffan yang jaga adik, msred sendiri yang pandang, cuma nak ajar Abang Iffan tanggungjawab abang jaga adik dia.

4. Jangan takutkan si kecik kiut tu cakap, " kalau nakal mama suruh polis tu babab Iffan nanti." Nnanti dia orang takut pulak dengan pakcik polis. Ajar si kecik kiut tu, kalau hilang, cari pak cik polis tu cakap mama hilang. Jangan cakap dengan orang lain, cakap ngan pakcik polis je.

5. Msred ajar Abang Iffan no telefon msred. Dia dah hafal no handphone msred and mr bf. Msred pesan, kalau hilang, cari pakcik polis dan bagitau dia no handphone mama. 

Inilah tips yang msred amalkan, yang msred rasa sesuai dengan budak umur 3-5 tahun. Selain tu, setiap kali msred bawak si kecik bershopping, selalu doa semoga keluarga msred dilindungi dari perkara yang tak baik.

Doa ni mak msred yang ajar...



Maksudnya:

"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya 
kecuali dengan keizinan Allah".






Note: Theme color tahun ni, turquoise. Selamat bershopping.

10 comments:

eintan nurfuzie said...

wa..didikan yang baik...cik en dh ada anak t...cik en akan ajar anak cm2...great brilliant idea

Mr.Thinker@Ali said...

informasi berguna ni. terima kasih msred. :)

kelima-lima langkah itu perlu disampaikan kepada umum. semoga orang yg baca mendapat ilmu itu dan diguna pakai sebaik mungkin.

bgs iffan jadi anak yg bertanggungjawab. kirim salam iffan nti. :)

Anum said...

sangat berguna

mizzkechique said...

bagus2...tips berguna..

Rai said...

haha..kecik2 budak dah tau polis tu menakutkan :P

Jiejah Gorjes said...

akan sy praktis kan di masa hadapan ngeeee

Mrs. Farhan said...

Wahhh, tenkiu msred.tetiba x sabar pulak nak ada anak. hihihi. =D

KuNanGKuNanG said...

mmg kene peka ngan budak2 ni..klau x kejap je dah ilang...sy pun akan bc ayat atas tu kalau kuar rumah..:)

myhatiku said...

mencegah sebelum menyesal nnti..
nice sharing..x saba pulak nk apply tips nie bile ade anak..hehe

msredcheesecake said...

Cik en, sekadar berkongsi...

Mr thinker, cuma kongsi amalan msred...iffan budak baik yg mudah diajar...

Rai, habeh, sikit2 kalau anak nakal ugut nak panggil polis.takutla dia rg ngan polis....

Mrs farhan, bagus tu niat nak ada anak...anugeah kan...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno