August 20, 2011

PARENTS BUSY, ANAK PUN BUSY

Salam you alls,

Orang sekarang ni memang busy betul. Sejak dari tadika lagi dah busy memanjang. Budak tadika sekarang sama busy dengan parents. Selain dari hantar pergi kelas tadika waktu pagi, petang suruh belajar swimming, malam masukkan pulak kelas art, music. Bayangkan penat betul budak-budak sekarang. Kenapa jadi macam ni?

Kerana parents sekarang mahu anak jadi manusia sempurna, jadi terbaik. Bangga kalau anak kita dapat jadi terbaik dikalangan budak kecik yang lain. Compare dengan anak-anak kawan. Tention kalau ada anak kawan lebih baik dari anak kita.

Kerana parents sekarang banyak habiskan masa mengembangkan karier. Masa untuk anak-anak jadi kurang. Solution, daftarkan anak masuk macam-macam kelas dan aktiviti dengan harapan budak kecik ni tak kesunyian, tak terasa yang parents tak spent time dengan dia orang.

Berbaloikah melepaskan peluang melihat anak membesar depan mata untuk karier? Ramai yang jawab berbaloi. Alasan, parents cari duit banyak-banyak pun untuk kebaikan budak kecik ni. Nak provide yang terbaik untuk dia orang. Ketagih nak anak jadi terbaik. Biarkan budak kecik ni habiskan lebih banyak masa kat kelas bersama orang lain daripada menghabiskan masa dengan family.

Bagi msred, kerja tu penting. Sumber rezeki nak besarkan anak-anak. Personally, msred tak mahu lebihkan karier dari anak-anak msred. Biarlah balance.

Daripada hantar anak belajar art kat luar, apa kata kita sendiri yang ajar anak lukisan ke, mewarna ke kat rumah. Anak kita dapat belajar something, dapat spend time dengan kita. Kalau kerana nak anak jadi terbaik hubungan kita dengan anak jadi renggang, tak apa lah kalau anak kita tak dapat jadi terbaik, jadi baik pun cukuplah.

2 comments:

fiq. said...

ha`ah, betul lah,,mcm dalam citer geng mengaji sekarang kan,parent dia lumba2 nak anak dia pandai mengaji,,sebab?sebab boleh sembang kemas,,haha..cian anak-anak

msredcheesecake said...

fiq, kalau tak paksa anak ok la...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno