August 03, 2011

MULA JE TERUS MENGANTUK

Salam you alls,

Dulu masa kecik-kecik msred belajar ngaji dengan mak msred sampai khatam. Boleh dikatakan hari-hari lepas maghrib mak ajar ngaji. 

Yang sangat peliknya, setiap kali msred mula je ngaji, Bismillahirrahmanirrahim je, mata terus jadi berat gila memang tak boleh bukak dah. Rasa mengantuk sangat macam dah dua hari tak tidur. Tiba-tiba je ngantuk tahap maksima. Mak msred marah betul kalau msred tersenguk-senguk mengaji.




Yang lagi pelik, bila dah habis je ngaji, Sadaqallahul Azim, mata msred automatik terus celik besar segar je. Rasa ngantuk gila tadi hilang tak tau pegi mana. Elok je sambung main ke tengok tv ke langsung takde tanda-tanda nak tidur. Mak msred mesti geleng kepala.

Adakah msred sorang je yang mengalami situasi begini? Msred tak setuju. You alls pun mesti sama macam msred kan? Sama kan? Cakaplah sama. Malu lah msred kalau msred je buruk perangai macam tu. Sama kan?

13 comments:

Cinderella said...

haha..tidak..msred tidak keseorangan..hehe..Ainie pon macam tu jugak dulu..hehe

diana said...

sama la..
kita adik beradik agaknya..
hahahahah

M Firdaus Mohd said...

ahah.perempuan je kot..saya tak pun..
cuma kalau dah terbaring tu..susah skit la..haha

msredcheesecake said...

ainie, diana....nape cam tu ye...

firdaus, ye ke laki tak cam tu? tak puas hati ni...hheee

pena rozie said...

ha...ha...ha... same la kite.

Isteri Encek Bard said...

hhihi ieb dlu klu ngaji nak berlumba ngan kawna sebelah rumah saper yang habis dlu....

Rai said...

hahaha..selalu ada kejadian sebegini..macam kat skolah..dalam kelas ngantuk gila..cikgu keluar je terus segar..ampeh je..

mizzkechique said...

haha..kite sm.. kt skolah lg la, mula ngaji je tulisan jd banyak2.. mata lak kuyu semacam...

aizamia3 said...

jawapan yang selamat <-- samalah kita..

fRaMe+LenSeS said...

hihihi. tetttt~

msredcheesecake said...

pr, heheee

ieb, wa...bagusla...malu lak saya..hheee

rai, yg itu sampai skang...taklimat je zzz...

mk, penyakit mata...hheee

aizamia, hheee...selamat..

nadh, heee

siti kektus said...

samalah msred!
time mengaji je macam tu. lain waktu segar bugar mata ni ha. keh keh

msredcheesecake said...

kektus, ramai yg gitu...hhee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno