August 09, 2011

MACAMANA NAK ELAKKAN MAKAN BANYAK WAKTU BERBUKA

Salam you alls,

Apa lazimnya menu berbuka you alls agaknya? Berapa jenis heavy meals yang you alls ambil? Berapa gelas air di teguk? Peringatan untuk kita semua, jangan makan melampau sampai hilang tenaga nak solat maghrib dan tarawih nanti.

Ada satu cara yang msred memang amalkan sebelum makan walaupun bukan dibulan puasa, untuk mengurangkan pengambilan makanan. Msred akan makan buah dulu.

Selalunya buah kita jadikan pencuci mulut, makan selepas makan, selepas kita dah kenyang. Msred pulak lebih suka makan buah dulu, isi perut sikit sebelum makan supaya makanan yang msred ambil tak banyak sangat sebab dalam perut dah ada buah. Kalau amalkan cara ni, insyaAllah dapat kurangkan pengambilan makanan. 

Tapi kenalah disiplin. Janganlah dah makan buah dulu, tapi tak tahan nafsu nak makan jugak banyak-banyak. Nanti kenyang sangat dah tak boleh bangun. 

Nak lagi berkesan, dah lepas makan pun makan lagi buah. Kalau nak makan lagi buah selepas makan, kena ingat dalam kepala, jangan makan makanan kita tu banyak sangat. Kena tinggalkan ruang dalam perut kita untuk makan buah lagi lepas makan.

Pendek kata, makan lah buah banyak-banyak. Buah kan elok untuk kesihatan selain dari sumber serat yang baik. Boleh bagi kulit cantik tau.

buah ni jangan makan nanti kena gigit...


14 comments:

^^nu[dd]yra^^ said...

cik dd makan kuih dulu ..then solat maghrib then baru makan nasi...agak bkesan jugaklah utk ramadhan nih....seminggu puasa dah dapat balik berat asal...*sblm puasa arituh berat naik sket...kuat makan....

rara pinkmafia said...

huh mkn buah dulu?oh tidak! tgk nasi mmg tak tahan.

Mr.Thinker@Ali said...

Okay! Janji x makan buah yg kat bawah tu. :)

msred, saya makan buah sblm makan makanan yg lain. lagipun, kajian menyatakan makan buah sblm makan makanan yg berat adalah lebih baik daripada makan buah slps makan makanan yg berat. :)

Anum said...

anum suka sangat buah-buahan
hehheheh

mizzkechique said...

MK makan kurma dl..pastu makan nasi n air suam segelas.. xpernah ada kuih muih sampingan sbb mmg mkn xbyk.. tu pun kdg2 nasi xhbs.. heh

Munna said...

mmg suka mkn buah =)

sblm bln puasa ni pun,sy selalu mkn buah spy perut tak terlalu lapar dan tak terlalu kenyang...mmg bkesan...dan bgus utk diet...hehe

Mrs. Farhan said...

yuppp.buah sangat2 bagus. suka mkn buah. =D

I said...

aha. buah pun jarang beli. tapi boleh try la tips ni. tq.

Cinderella said...

hehe..ikut sunah Nabi makan buah dulu baru makan nasi

myhatiku said...

suke mkn buah tembikai..hehe

.izzati liyana. said...

kalau tak silap, dalam sunnah nabi pun makan buah dulu before makan makanan berat. buah bukan untuk pencuci mulut. akan ade effect untuk perut. tapi tak dapat nak pastikan. :)

fRaMe+LenSeS said...

tomato sedap. ehh tu kira sebagai buah jugak ka msred? ehhe

anismelon said...

makan kuih je dulu..t kenyang la..anis jarang makan nasi buke..weee..tapi domok jugak

msredcheesecake said...

dd, bestnya dpt turunkan berat...

rara, tak tahan..hhee

mr thinker, terbukti dah...

anum, sama hheee

mk, patutla keding je...hhee

munna, betul tu...

iqa, try la...

mrs farhan, sama kita...

ainie, amalan baik...

MH, tembikai byk serat...

zaty, betul la tu...

nadh, tomato yg kecik tu sedap. manis...sayurla...

anis, buka makan kueh je? kagum...hheee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno