August 23, 2011

KENAPA SURUH DIA MINTA SEDEKAH?

Salam you alls,

Semakin negara kita ni menghampiri status negara maju, semakin banyak pulak sindiket yang menggunakan kanak-kanak sebagai peminta sedekah untuk memperolehi keuntungan dengan cara mudah.

Golongan ini sangat mementingkan diri sendiri dan sangat cintakan duit sampai sanggup merendahkan maruah, menggunakan kanak-kanak untuk kepentingan diri mereka sendiri. Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa sindiket ini adalah anak yatim.

Ada pulak rumah anak yatim yang sengaja ditubuhkan bagi tujuan mempergunakan kanak-kanak malang ini sebagai peminta sedekah. Sudahlah keringat mereka dikerah untuk kepentingan mereka, kebajikan anak-anak yatim ni langsung tak terbela. Tempat tinggal yang tak sesuai untuk kanak-kanak membesar dan makanan yang sangat daif sahaja yang mereka sediakan.

Besarnya pengaruh wang sehingga sindiket ini sanggup menganiaya anak-anak yatim ini yang sepatutnya kita bantu dan lindungi.

Selain tu, msred selalu jumpa anak-anak dari sekolah agama, menurut mereka yang msred tak pasti sama ada anak yatim ke tak, yang datang dari jauh contohnya Kedah dan Perlis ke ibu kota untuk minta derma. Bila ditanya kenapa mereka minta derma, mereka jawab, " Cikgu suruh."

Mereka datang ke ibu kota dengan beberapa orang kawan lagi dibawa cikgu mereka. Msred tanya, cikgu buat apa sekarang ni? Mereka jawab, "Tak tahu. Nanti petang baru cikgu datang jemput."

Msred pun jadi serba salah nak derma ke tak dekat anak-anak ni. Kalau duit yang msred bagi tu untuk kegunaan anak-anak ni tak pe lah jugak. Tapi kalau digunakan untuk kepentingan cikgu mereka, rasa tak adil lah pada anak-anak.

Pernah juga msred bagi derma sambil berpesan supaya simpan duit tu untuk kegunaan sendiri. Anak-anak itu jawab, "Tak boleh. Nanti cikgu marah."

9 comments:

Mr.Thinker@Ali said...

mangsa eksploitasi kedurjanaan nafsu material. ah. dijauhkan.

Cik Asma BLuppy said...

xbaik betul mempergunakan bdk2 kecik ni.

Anum said...

jahat kan, pergunakan tenaga budak2

mizzkechique said...

kesain diorg ni..dh la kn buat keje tu memlm.. bila masa nk belajar... nmpk sgt mcm sindiket..

aizamia3 said...

sepatutnya mereka diajar dengan pelajaran di dalam kelas bukan dijalanan..
budak2 tu mesti terpaksa kan.. kalau tak buat mesti dorang akan dapat 'habuan'..

Iffah Afeefah said...

ksian sgt

erm nk bg pon rse sebe slh

msredcheesecake said...

mr thinker, pandai diaorg pilih mangsa yg tak dapa melawan...

asma, anum, kerana tamakkan duit...

mk, kesian dorang...

aizamia, habuan tu yg tak anggup nak dengar...

ran, nak tolong budak2 tu, tapi tau duit tu meti dorang tak dapat...

Farah said...

betol.. kesian tgk budak ..
=(( tapi lau bg tau dorang ta dpt.
org bg je singgit. buat dorang blanje..

nurfauzi said...

Ada yang mangsa eksploitasi.

Tapi ada juga yang bergerak sendirian/berkumpulan sebab malas kerja, nak cari untung.

Tapi...memang ada yang minta sedekah sebab betul2 memerlukan.

Ape pun, kalau betul pungut duit untuk sekolah, jangan suruh budak2 sekolah tu. Habis masa depa nak belajar

(nama puna sudah dalam senarai blog saye. telime kaseh)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno