August 09, 2011

KEBAIKAN KURMA

Salam you alls,

Dah plan dah bak berbuka apa hari ni? Nak buka kat mana? Msred nak pesan, jangan lupa mulakan berbuka dengan kurma. Selain daripada sedap, banyak kebaikan kurma ni.

Kita disunatkan berbuka dengan kurma selepas 12 jam berpuasa dan tak makan apa-apa. Kurma dapat menyumbang tenaga serta merta bila kita makan, ini kan dapat memudahkan kita nak solat maghrib dan pergi tarawih lepas berbuka. 

Lagipun, bila badan kita rasa segar dan bertenaga, kemungkinan kita nak makan berlebihan ikut nafsu dapat dikurangkan. Makan berlebihan waktu berbuka belum tentu dapat memberi tenaga kepada kita sebab banyak kandungan karbohidrat yang boleh membuatkan kita letih. Tanpa tenaga serta merta yang dapat dibekalkan kurma, kita akan rasa mengantuk dan letih lepas berbuka. Eloklah kita amalkan memakan kurma sebagai permulaan berbuka puasa.


GOOGLE


Selain dari penambah tenaga, banyak kebaikan kurma antaranya...

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".  Source

Selamat berbuka puasa you alls. Bersederhana ok.

11 comments:

KuNanGKuNanG said...

sahur sy makan kurma je.alhamdulillah boleh tahan xlapa sampaila berbuka.

mizzkechique said...

sahur n berbuka wajib mkn kurma.. hehe

Cinderella said...

kurma mmg banyak kelebihan dye tapi klu mkn mesti kene gigit sikit2 sebab manis..hehe

Mr.Thinker@Ali said...

kurma dah jadi macam nasi. makan kuram sebelum makan untuk sahur dan berbuka. :)

Miss A said...

suka mkn kurma,mrcc :) especially yusof taiyob punye.haha

kotak bulat said...

kb suka makn kurma..bila buka mkn kurma, terasa knyang je

.izzati liyana. said...

saya suka kurma!

dulu kecik-kecik, ayah selalu suruh makan. tapi taknak. dah besar ni suka secara automatiknya. adik pulak yang taknak makan. hihi.

maybe org yg tak mkn ni rasa mcm kurma tu tersangkut kat tekak kot.

fRaMe+LenSeS said...

Nadh pernah cuba, makan kurma ja untuk puasa. memang tahan. ;) ehhe

anismelon said...

anis tak suke la buah kurma..hehehe..

myhatiku said...

waktu mama mengandung kan myhatiku dye slalu mkn kurma..he:)
suke kurma..nice info,mekasih..

msredcheesecake said...

amalan nabi Muhammad SAW, pasti terbaik...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno