August 13, 2011

GOSSIP GIRLS DI PEJABAT

Salam you alls,

Bila kat ofis, kita ashik buat kerja je mesti rasa bosan kan? Lebih-lebih lagi kalau hari-hari buat benda yang sama berulang kali. Cepat jer bosannya. 

Untuk menghilangkan rasa bosan tu, ada yang main game, dengar lagu, jalan-jalan melawat meja rakan sekerja dan ada yang makan-makan. Tapi pada pandangan msred, cara yang paling popular untuk menghilangkan kebosanan adalah dengan bergossip.



Kalau time buat kerja tu bosan je, mata ngantuk je. Tapi bila ada je member ajak bergossip terus on, mata tetiba jadi segar. Muka tadi dah macam asam kecut bertukar ceria macam gummy bear.

Tak tahulah kenapa kita ni, especially perempuan, suka sangat bergossip. Tentang bos la, rakan sekerja lain lah, artis la, mak cik cleaner la.... Msred pun selalu layan kalau orang ajak bergossip. Tapi bila msred fikir-fikir, apa yang membuatkan msred suka layan gossip, msred sendiri pun tak dapat jawab. 
Kebiasaannya, topik perbincangan bila bergossip adalah bercerita pasal kelemahan dan kekurangan orang lain. Kita semua tahu tak baik bergossip kelemahan dan kekurangan orang lain, tapi masih nak buat. Kalau kita tak join bercerita, telinga tu nak jugak dengar.

Sempena Ramahan ni, apa kata kita practice la kurangkan aktiviti bergossip kita ni. Kalau boleh berhenti terus. Apa yang boleh kita buat nak mengurangkan aktiviti tak berfaedah ni? Cuba kita try tips ni yea....

1. Setiap kali nak start je bergossip tentang kelemahan dan keburukan orang lain, apa kata jerit kuat-kuat.... " Tak mau gossip!! Boleh jadi dosa besar!!" Jerit 10 kali kira tempat dan situasi. Buat macam ni sampai hati jadi kuat nak mengelakkan bergossip. Bila kita dah boleh automatik je tutup telinga bila orang ajak bergossip, tak perlulah menjerit lagi.

2. Setiap kali nak start jer bergossip tentang kelemahan dan keburukan orang lain, apa kata kita pakat-pakat dengan orang yang nak ajak kita bergossip tu buat list kelemahan dan keburukan kita sendiri, lepas tu brainstorm macamana nak perbaiki kelemahan dan keburukan kita sendiri. Lebih baik daripada mencari keburukan dan kelemahan orang lain.

3. Setiap kali nak start jer bergossip tentang kelemahan dan keburukan orang lain, apa kata kita cuba fikir dari mana datang kelemahan dan keburukan orang lain tu? Dari Tuhan kan? Cuba bayangkan kalau kita kata, buruknya jahitan baju kat kedai tu, sama macam kita mengata tukang jahit baju tu tak pandai menjahit kan? So, kalau kita mengata keburukan dan kelemahan orang lain, samalah macam kita mengata Tuhan, yang mencipta kelemahan dan keburukan manusia. 

Usaha tangga kejayaan.

6 comments:

Jiejah Gorjes said...

hehehe payah ..benda senang tp payah hehehe sehari dua mampu la buat tp kalo dah spesis opis mmg suke gossip kite yg konon tepis2 ni akhirnye terjebak balik kihkihkih *rujuk diri sy sendiri dush*

mizzkechique said...

MK lak xdpt bergossip sbb duk di kalangan lelaki.. diammmmm je.. haha

Miss A said...

hehe,gossip tu kdg2 menghiburkan jugak,cume yelah kan,hiburan utk kurgkan phala,so knelah bewaspada sket.

anismelon said...

hehe..nasib anis sorg je yg muda..yg len mak mak..kalo tak msti bergosip manjang.wee..

yana,, said...

yana baru jerit 3 kali jerk dah kering tekak ni, memang takkan jalan laa niat ni nak gosip,, haus beb,, hehehe,,

msredcheesecake said...

Jiejah, kalau nak buang terus mmg payah, kita kurangkan je la....

Mk, laki tak gossip ke? Hheee...

Miss a, benda yg best tu selalunya mengurangkan pahala...

Anis, tak join makcik2 tu bergossip ke? Baiknya...

Yana, bagusla kalau tak bergossip....teruskan...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno