August 10, 2011

DAH BAYAR KE BELUM?

Salam you alls, 


Zakat Fitrah ialah ‘Zakat Badan yang diwajibkan kerana tamat Bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”
Source

You alls dah bayar? Bagi yang ada orang tolong bayarkan, dia dah bayar? Orang yang tolong bayarkan untuk msred belum bayar lagi. Kalau msred sendiri yang  bayar, mesti time ni msred dah settle dah.

Kenapa kebanyakan dari kita, bukan semua, suka bayar zakat last minit? Minggu akhir puasa, ada yang hari akhir puasa baru nak bayar? Susah yea nak bayar? Kita ada masa sebulan nak bayar zakat, kenapa tunggu saat akhir? 

Ni waktu-waktu nak bayar zakat fitrah...

  1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan. 
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. 
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri. 
  4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). 
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.


Kalau kita termasuk golongan wajib bayar, hutang tu. Kenapa nak tangguh bayar hutang?Bayar cepat-cepat kan best, hati pun tenang sebab hutang dah settle. Bila hutang dah settle, barulah best nak shopping baju raya. Ni baju raya dah beli, hutang zakat tak bayar lagi. 

Tahun lepas, mr bf bagitau, ada juga manusia yang bayar zakat lepas sembahyang raya. Melampau betul lambatnya. Dah masuk waktu makruh dah.



Peringatan untuk kita semua, pergi bayar zakat dulu sebelum pergi shopping raya ok.

note:msred belum beli baju raya lagi....

12 comments:

Anum said...

my hubby bayarkan

fRaMe+LenSeS said...

jgn lp ye. sebab dia pelengkap puasa kita tau. ;)

!! YaNa YassiN !! said...

YY adik yg bayar kan,.. dah bagi duit siap2 pun

mizzkechique said...

adik lelaki yg byrkn utk satu family sbb jth jd tanggungjwb dia..

Munna said...

tahun ni ayah bayar....nmpknya tahun dpn hubby bayar pulak... =)

anismelon said...

ayah..dah bayar belum zakat angah nie..heeee..

Cinderella said...

ayah bayarkan..hehe :)

Rai said...

huhu..ramai suka bayar last minute.. jgn sampai lupa nak bayar sudaaa...

Tasha said...

ayah masih bayarkan..hehe

myhatiku said...

betul2..myhatiku pun belum beli baju raye lagi..he

msredcheesecake said...

munna, tahun depan hubby bayar yea...bestkan ada org tolong bayarkan....

nadh, tak lupa insyaAllah....

Lieyda said...

err xtau la dah byr ke belum.abah dah byr kot, hehe

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno