August 24, 2011

BERAPA LAMA YOU ALLS BERBUKA PUASA?

Salam you alls, 

Kalau kita bersahur, biasanya laju je kita makan. Mata mengantuk, nak cepat solat lepas tu nak tidur balik. 5 - 10 minit siap makan.

Senario berbeza pulak kalau time berbuka. Setengah jam? Satu jam? Berapa lama masa yang you alls ambil untuk selesai berbuka? 

Msred tengok kat kedai makan, orang yang berbuka ramai yang habis dalam masa setengah jam je. Tapi ada jugak yang dah satu jam baru habis berbuka. Tak puas-puas dia orang makan agaknya. Berapa banyaklah agaknya dia orang makan. Banyak masa terbuang kat meja makan. Tak nak bangun. Makan je terus. Padahal  rasanya perut dia orang tu mesti dah kenyang dah. Tapi rasanya nafsu dia orang yang belum kenyang.

Jangan diikut sangat nafsu ketika berbuka. Kalau boleh memang semua benda kita nampak kita nak telan. Belajarlah makan macam Rasulullah SAW yang makan sekadar nak alas perut, bukan untuk sampai kenyang. Bila perut kita kenyang sangat, mata senang je jadi berat, badan mudah je jadi malas. Kita sama-sama tau akibatnya kalau badan jadi malas. Ibadah kita tak buat kan? Tak berbaloi kita tinggal solat kerana nak makan banyak.

Peringatan untuk diri msred jugak. 

Walaupun msred memang suka makan, tapi nasib baik msred bukan jenis yang makan banyak. Cuma nafsu msred yang suka makan sedap ni yang masih gagal dikawal.

7 comments:

Ly_Tulip said...

Owh.. DOrang tu borak je lebey.. Sib bek tak buka kt lua... Buka kat uma je.. So, pandai2 sendiri la bajet masa.. Heheh ;)

.*.WiE.*. said...

selagi tak abis makanan tak berenti lagi kot.. hehe..

Miss A said...

good lah msredcheesecake.betul jgak,bhenti sblum kenyang kan,klau tak asyik nk mknn je.hehe

Ronaldmohoni said...

Wah. dah nak cuti rupanya. selamat bercuti :)

msredcheesecake said...

Tulip, borak sambil kunyah2 lg hhee...

Wie, tu takut dengar tu....

Miss a, amalam rasulullah...

Ronaldmohoni, tengs...

Iffah Afeefah said...

ish3

slalu stgh jam

kene kering tgn dlu br bsuh wakaka

kocix! said...

stgah jam ajee....
paling lmbat pon 40 minit..

haha


lepeh makan, rlex2 dlu..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno