August 08, 2011

BANGAU OH BANGAU

Salam you alls,
Pernah dengar tak lagu Bangau oh Bangau? Lagu kanak-kanak melayu. Masa keci-kecik dulu msred dan budak-budak sebaya selalu layan lagu ni. Lirik dia yang kelakar dan senang nak hafal membuatkan lagu ni popular dikalangan budak-budak waktu tu. 

Cuba you alls hayati lirik lagu ni....
Bangau oh bangau, Mengapa engkau kurus? Macamana aku tak kurus, Ikan tidak timbul.
Ikan oh ikan, Mengapa kau tak timbul? Macamana aku tak timbul, Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,Kenapa engkau panjang sangat? Macamana aku tak panjang, Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh Kerbau, Mengapa engkau tak makan rumput? Macam mana aku nak makan, perut aku sakit, perut aku sakit

Perut oh perut, Mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit, Makan nasi mentah, makan nasi mentah

Nasi oh nasi Mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah, kayu api basah, kayu api basah

Kayu oh kayu, Mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku, hujan timpa aku

Hujan oh hujan, Mengapa engkau timpa kayu? Macam mana aku tak turun, Katak panggil aku, katak panggil aku
Katak oh katak,Kenapa panggil hujan? Macamana aku tak panggil,Ular nak makan aku.
Ular oh ular,Mengapa nak makan katak? Macamana aku tak makan.Memang makanan aku.

Tapi bila dah dewasa ni, msred rasa pelik sikit dengan lirik lagu ni. Macam karakter binatang dalam lagu ni saling menyalahkan antara satu sama lain. Bangau salahkan ikan, ikan salahkan rumput, rumput salahkan kerbau dan seterusnya sampailah ke katak yang menyalahkan ular.
Apa yang bermain difikiran msred, kenapa agaknya pencipta lirik ni menulis lirik sebegini? Apa yang cuba disampaikan? Adakah mengandungi maksud tersirat?
Adakah penulis lirik ini cuba bagitau kita yang orang melayu suka menuding jari menyalahkan orang lain di atas masalah yang dihadapinya? 
Memang orang melayu suka menuding jari mencari salah orang lain. Orang melayu lebih suka menuding jari daripada berusaha untuk mencari punca masalah dan mencari jalan penyelesaian. Orang melayu sendiri sedar dan tahu akan tabiat orang melayu tu tapi masih malas mahu berubah. Entah apa puncanya.

Kita selalu berdepan dengan situasi ini. Contoh yang paling senang ialah ketika dalam meeting kat Office. Sibuk membincangkan tentang masalah jabatan. Masalahnya kita bukan sibuk cari punca masalah supaya penyelesaian dapat dicari, tapi kita sibuk menyalahkan orang tu salahkan orang ni. Masa mesyuarat jadi panjang bukan sebab nak cari solution tapi nak cari siapa nak disalahkan. Kan ke bodoh tu. Last-last penyelesaian tak dapat, gaduh sesama sendiri.
Memang orang melayu suka menuding jari, betul ke?

7 comments:

fRaMe+LenSeS said...

msred, palotak nadh nt msred hari ni sama frequency kot. nadh dari pagi tadi dok tingat kat lagu ni. hehe. mmg macam nak wat entry tadi. ehhe. ;)

fRaMe+LenSeS said...

eh silap. Nadh lagu lain. tapi nak dekat sama maksud. ehhe. ;)

Anum said...

saya pun pernah nyanyi kecil2 dulu

Rai said...

tak suka bangau oh bangau..

H.J said...

ye..memang betul pom..sikap orang melayu, susah benor nak ubah

mizzkechique said...

biasala tu..ibarat baling batu sembunyi tangan...

msredcheesecake said...

nadh, lagu apekah itu?

anum, ramai yg tau lagu ni...

rai, nape tak suka?

hj, org melayu tu tau tapi malas nakberubah....

mk, tau benda tu salah tapi kita masih nak buat...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno