August 25, 2011

AKTIVITI SATU SYAWAL

Salam you alls,

Lepas sembahyang raya, msred sekeluarga selalunya makan rendang mak msred yang super mabeles tu sambil berdiscuss nak pergi beraya lepas ni.

Lepas makan, aktiviti bersalaman memohon maaf zahir batin dengan mak msred, lepas tu dengan adik beradik msred sambil menghulur dan mengutip duit raya. Hheee..... Aktiviti bersalaman kita orang tak diiringi drama air mata sebab mak msred tak suka.

Kemudian, aktiviti mengambil gambar bersama keluarga besar dan lepas tu dengan keluarga masing-masing. My sisters semuanya dah berkeluarga sendiri. Cuma my younger brother yang belum cukup duit nak pinang anak dara orang. Time ni paling seronok sebab semua perasan retis ashik nak ambil gambar dia je. Msred sibuk mengarah dia orang posing macamni macamtu mengalahkan profesional photographer.

Biasanya, lepas selesai aktiviti bergambar mengalahkan retis, msred akan beraya ke rumah mak mertua yang dari rumah mak msred cuma 5 minit je.

Setakat ni, sejak bergelar puan ni, tiap tahun sama je. Pagi raya kat rumah mak msred lepas tu beraya ke rumah keluarga sebelah mr bf pulak di sekitar Klang Valley. Malam, balik rumah mak msred balik. Tidur sana.

Aktivit raya kedua ditentukan selepas calling-calling sedara mara dan bergantung pada mood.

7 comments:

Anum said...

syok, anum suka bab bergambar keluarga

msredcheesecake said...

Sama kita anum, perasan retis tul...hheee

Kakkoii said...

bila gambar keluarga tu memang wat kenangn lah..

Bila taun depan, mula la tgk gambo taun ni then kata...

"Mak aih! Aku dah makin gemok!!"

-lols-

msredcheesecake said...

lol.... setiap tahun makin chubby...

Nizam Ijam said...

selamat hari raya :D

.izzati liyana. said...

semua ni family sy tak buat. huhu. makan takde nak sama-sama. ikut suka. gambar-gambar semua takde. mintak maaf pon takde waktu yg specific. sendiri-sendiri.

selamat hari raya. maaf atas segala tutur dan kata. :)

aizamia3 said...

tahun lepas tak dapat nak bergambar satu family tapi tahun akan kuusahakan.. ;)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno