August 25, 2011

AKTIVITI MALAM SEBELUM RAYA

Salam you alls,

Lagi kurang dari seminggu kita nak menyambut 1 Syawal. Mula dah terbayang kenangan malam raya. Apa aktiviti you all malam sebelum 1 Syawal tu? Lepas balik dari masjid, buat apa? Masak? Tengok tv? Berblogging? Main mercun?

Kebiasaannya, malam raya tu msred akan tolong mak msred masak rendang. Rendang mak msred memang terbaiklah. Kalau mak msred masak benda lain takde la sedap sangat. Biasa je. Tapi mak msred punya rendang, memang mabeles lah kat tekak msred ni. Tak de tandingan. Lagi satu sebab rendang mak msred spesel sebab setahun, cuma sekali je msred dapat merasa rendang dia. Time raya aidilfitri je. Time lain kalau msred request nak rendang mak msred, dia tak layan. Malas nak buat, katanya. Frust.

So time raya ni memang msred makan rendang mak msred sepuas hati.

Kalau ada bunga api, layan bunga api kejap.

google

Lepas tolong mak kat dapur, apa lagi. Layan tv la pulak. Selalunya tengok rancangan Sampaikan kat tv3. Sambil layan tv, msred akan iron baju baru aka baju raya yang nak dipakai esok. Siapkan semuanya malam raya tu supaya esok tak kelang kabut.

Bila mata dah tak tahan ngantuk dah, msred akan gosok gigi, basuh muka dengan Olay Total Effect, lepas tu tidur mati sampai esok pagi.

Tiap-tiap tahun, aktiviti malam raya msred lebih kurang camni lah. Sama je.

5 comments:

Anum said...

syoknya makan rendang

mizzkechique said...

MK xtlg mak masak sbb bahagian MK kemas umah, susun kuih raya.. susun bunga... sbbnya pas je semayang raya, semua berkumpul kt umah.. so kena la settlekan semua.. huhu..penat!!

H.J said...

mithali msreed ni..haha

saya_arief said...

malam raye selalu nye, bedal semua makanan yang sepatotnya dihidang untuk pagi raye.
hahaha.

msredcheesecake said...

Anum, siyok sangat sampa berpinganpinggan....hheee

Mk, ni malas nak ke dapo ke hape ni? Hheee

Hj, seb baik tau....hhee

Arief, hahhaa....terbaek...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno