August 12, 2011

ADAB BERBUKA PUASA

Salam you alls,

Ini adalah panduan untuk kita bagaimana adab berbuka mengikut sunnah Rasulullah SAW.

1. Berdoa ketika berbuka
Berdasarkan hadis, 

Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

Kalau kita berdoa waktu berbuka, insyaAllah akan dimakbulkan Allah tapi ada syarat tau. Kita kena berpuasa bersungguh dengan menjaga lidah, hati dan anggota dengan baik. Kalau puasa buat main-main doa tak kan dimakbulkan.

2. Menyegerakan berbuka puasa
Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari

You alls, kepercayaan kata kalau lambat berbuka lagi banyak pahala tu tak betul. Nasihatkan adik-adik kita yang tak tahu.

3. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air
Anas bin Malik r.a berkata ....
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi


Rutab tu kurma yang belum dikeringkan lagi. Original dari pokok. Tamar pulak buah kurma yang dah dikeringkan macam yang selalu terjual kat pasaran tu. Banyak kebaikan berbuka dengan kurma ni. Tapi, kalau ikut sunnah nabi, kalau takde kurma, mula lah berbuka dengan air kosong.


4. Bersegera mengerjakan solat maghrib
Selepas berbuka, kita kena lah segera menunaikan solat maghrib. Kalau ikiut sunnah nabi, Rasulullah berbuka dengan tamar dan air, lepas tu terus solat maghrib. Kita sunak ikut macam tu. 


Tapi kalau makanan dah dihidang, kita kena makan dulu sebelum solat maghrib. Makan dengan tenang dan tak perlu nak tergesa-gesa. Lepas tu baru solat supaya solat kita khushuk tak delah ashik teringat makanan yang dah terhidang. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”


5. Berbuka puasa secara sederhana



Firman Allah SWT :
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : Ayat 31
Waktu berbuka tu, jangan melampau-lampau makan ikut nafsu. Mentang-mentanglah seharian puasa tak makan, waktu berbuka belasah semua yang ada depan mata. Lagipun kalau kita kenyang sangat, badan jadi tak bermaya, nanti rasa malas pulak solat maghrib. Belajar-belajarlah kawal nafsu kita sendiri.


Source


Selamat berpuasa dan berbuka.
Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno