July 31, 2011

MALU-MALU TAPI MAHU

Salam you alls,

Camana weekend? Happening tak? Best tak shopping? Ke tido jer? Tak kisahlah macamana kita celebrate weekend kita janji happy.

Ni, budak kecik kiut Iffan ni ha. Semalam hantar dia trial kelas untuk Piano kat Yamaha. Punya lah payah nak suruh dia participate dengan class activity sebab dia sangatlah malu-malu kucing, macam msred. Walaupun nampak dia macam interested nak belajar main instrument tu, tapi dia malu sangat. 


Bila instructor, or cikgu tu tegur je si kecik kiut Iffan, dia terus tunduk kepala malu mengalahkan anak gadis zaman dulu-dulu nak jumpa bakal mak mertua. 


Bila suruh join kawan-kawan lain nyanyi-nyanyi kat depan kelas, terus dia buat muka macam nak nangis kat depan kelas tu. Nampak tak muka si kecik kiut Iffan sebelah amoi tinggi tu? Nampak tak muka tensen dia? Kesian dia. 
Tapi msred kena biarkan dia, nak menggalakkan dia cuba bergaul dengan kawan-kawan yang lebih kurang umur dia. Nanti bila si kecik kiut Iffan dah masuk sekolah tahun depan takdelah dia culture shock tengok ramai student.

Bila dah habis kelas, msred tanya si kecik kiut Iffan nak tak datang kelas belajar muzik macam tadi? Mula-mula dia diam je, tapi bila msred kata msred akan teman dia setiap kali dia pergi kelas, terus dia kata nak, sambil tersengeh. 

Masa msred tengah isi borang untuk register ada lah dua tiga kali la si kecik kiut Iffan tanya msred.....

"Mama teman Iffan main piano kan? Mama teman kan? Iffan tanak pegi sorang-sorang."

Nak make sure dia tak kena pegi kelas sorang=sorang. Hheheee.... pemalu betul la si kecik kiut Iffan ni, macam msred gak.

Kelas start bulan september, lepas bulan puasa. Harap nanti lama-lama hilang lah kemaluan terlampau si kecik kiut Iffan.

7 comments:

Popoi said...

bgusla,, kecik2 dah blaja,, t bsa mesti pro punyer,, eheehe ^^

kotak bulat said...

hehehe...mula2 je ni malu2..nti da dpt kwn..da ok la tu..

i'm ezza haniza said...

naseb baek dia tak nanges! kalau nanges lagi haru.hahaha

Mr.Thinker@Ali said...

Kecik2 bagus anta kelas macam tu. Biar dia pandai berkata-kata dan bergaul dgn orang. Tak ada lar masalah malu nak volunteer diri semasa dalam kelas bila meningkat dewasa kelak. Ini satu langkah yang cemerlang dan perlu diikuti oleh para penjaga zaman skg.

Ramai kawan2 saya yg pemalu untuk wakilkan diri sndr. tak ada daya keyakinan langsung. saya jaa terpaksa buat semuanya. =,=

Mari ucap salam ramadhan di sini.

H.J said...

malu tapi mahu..haha

msredcheesecake said...

popoi, insyaAllah

kb, harap gitulah

ezza, seb baik...

mr thinker, saya lebih kurang cam kawan mr thinker...hheee

hj, hheee

Mr.Thinker@Ali said...

Lebih atau kurang? :)

x pe, slow2 msred. saya macam tu gak dulu2. :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno