July 25, 2011

KALAU BUNGA FATIMAH DAH KEMBANG PERGILAH HOSPITAL

Salam you alls,

Pernah dengar tak bunga fatimah? Bunga ni ada jual kat Mekah jer, tempat lain tak de. Ada jugak orang panggik akar fatimah. Cengini rupanya...




Berguna pada perempuan yang sedang hamil, menunggu hari jer nak melahirkan. Bunga fatimah ni direndam, air nya boleh dibuat air selusoh. Khasiat air selusoh ni kata orang dapat mengurangkan kesakitan melahirkan anak dan dapat memudahkan proses kelahiran, insyaAllah.

Kalau kita rendam bunga fatimah ni dan still kuncup macam dalam gambar tu, tak pelah. Tapi kalau dia kembang macam ni...




....cepatla ke hospital sebab masa untuk melahirkan dah hampir tiba. Itulah khasiat dan kegunaan bunga fatimah ni.

Msred ada satu. Ada guna masa pregnantkan si kecik kiut Iman. Msred rendam masa dah masuk 9 bulan, memang bunga fatimah ni kuncup jer sebab belum nak melahirkan lagi. Msred ambil air rendam tu buat air selusuh. Masa dah tiba masa nak ke hospital, msred dah tak sempat nak rendam sebab dah sakit sangat. Memang dengan izin Allah, proses kelahiran kali ni sekejap jer dan lebih mudah berbanding sebelumnya.

Kalau sesiapa yang nak bunga ni boleh kirim pada sesiapa yang nak pergi Mekah. Kalau nak pinjam msred punya pun boleh.

17 comments:

Rai said...

nenek saya pun pandai buat air selusuh..tapi tak guna bunga ni lah.. ada sekali tu org salah guna air selusuh yg dia buat..dia buat utk gugurkan kandungan..terus nenek saya taknak bagi air tu utk sebarangan org..dia buat utk anak cucu je..

siti kektus said...

yeke msred? tek pernah tahu pulak. mak tak pernah guna pon masa mengandungkn adik2. ;)

rara pinkmafia said...

oh mcm tu eh sis.mmg ada kat mekah je ke?

Anum said...

wow good info

Hanis MY said...

wahh tatau pun pasal bunga ni... thanks share...

mizzkechique said...

tak pernah nmpk lak...

apa pun, mekaseh info.. MK smpn, nt dh kawen n dh peknen, leh praktikkan.. hehe

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

tau jugak pasal nih tapi takde guna ..boleh la nnti pinjam bler da 9 bulan nnti ;)

msredcheesecake said...

rai, boleh buat gugurkan kandungan? takutnya...

kektus, ramai gak yang pakai...diaorg kata betul...

rara, ha ah...aal kat mekah je...

hanis, welkem dear..

mk, cepat ler kawenn...hheee

lb, preggers gak ke? hheee

Munna said...

oh, baru 1st time dgr psl bunga ni msred....

dah ada anak rupanya msred ni =.=*

Kalamhati said...

Masa pegu umrah 2 thn lepas ada KH beli sbb sedara2 suh beli..nak simpan..

iMBobo said...

wah! org2 dlu mmg pakai benda ni..tp org skrg ni taktahu lah plak...thanks dtg visit sye hehe..

fiq. said...

salam, pernah baca tentang bunga fatimah ni, tapi susah lah ye kalau nak dapat, sebab dr mekah, bertuahlah mrsed dapat untuk bersalin hari tu

mynameismy said...

baru tau psl bunga fatimah ni. hehe. eh bunga fatimah ni boleh guna byk2 kali ke?

Fieqa Hasrul said...

Sy pn ada gak bunga ni..ada 3..spanjang ngandung ank ptama dn kdua mmg guna ni dn bkesan..skrg ni ngandung ank ktiga bru 7bln da sakit2..bila rendam dua bunga dedua kembang so skrg tggu sakit xthn sgt bru pgi spital..

merahitujambu said...

menarik la..akak ipar betul2 kembang..betul la.dia bersalin pagi td..alhamdulilah

Sya Mimie said...

pernah terbaca pasal ni jgk..

Razreen Mohd said...

di mane saye boleh dapatkan bunga nie sebb wife saye dah cukup bulan tapi tak turun tanda lagi..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno