July 10, 2011

CABARAN GANTI HUTANG

Salam you alls,

Hari Ahad yang tenang. Takde dah orang berkumpul buat benda tak tau lah faedahnya kat mana. Boleh keluar sesuka hati nak pergi mana. So, msred rasa nak berbuka kat luar hari ni.

Hari ni msred ganti hutang, puasa ganti. Ok, ok tau. You alls semua dah ganti hutang puasa. Msred baru je nak ganti. Last minute baru nak ganti. Nak babab msred ke?

Puasa tahun lepas msred pregnant 8 bulan. Msred berjaya puasa 14 hari jer. Lagi 16 hari, kantoi. Tak larat, menggigil da badan. Hari tu dah ganti separuh. Sekarang ni nak sambung lagi separuh. Puasa marathon ni. So, kalau msred kurang BW ke blog you alls, sorry yea.

Bila puasa time bukan bulan puasa ni cabaran dia lebih sikit. Tu pasal lambat jer ganti puasa. Ashik mengelat jer. Bila dah last minute cam ni, dah tak leh nak ngelat. Baru lah terganti puasa.

Cabaran paling tak tahan, member-member msred tak puasa. Dia orang boleh sesuka hati jer makan sedap-sedap. Ada ke patut dah tau msred puasa dia orang boleh cakap pasal nak makan mekdi la, kepsi la, pizza la kuat-kuat depan msred. Dah la msred ni pantang dengar makan sedap ni. Laju je kang nak ikut. Ada jugak 2 3 kali kantoi. Datang ofis, pagi puasa. Bila tengahari ter buka puasa pulak sebab member-member nak pergi makan sedap. Pas tu dia orang boleh layan gelak kan msred yang sekali lagi fail nak ganti puasa sebab nak ikut dia orang makan sedap.

Sebenarnya member msred tak ajak pun msred join dia orang makan sedap sebab tau msed puasa. Msred jer yang tak kuat iman melawan nafsu serakah nak ikut dia orang makan sedap.


Mr bf cakap perangai macam budak kecik. Msred cakap, itu bukan perangai budak kecik, tu perangai orang yang suka makan sedap yang ashik lapar 24 jam yang makan 10 kali sari. Hahahaa.... Bini sape la perangai cengitu tu?

- Posted using BlogPress from my iPad

14 comments:

cik pulau said...

selamat ganti puasa yer...^^,

Cinderella said...

jom msred kite berusaha tahan nafsu makan kita dengan ganti puasa ni...ngeh ngeh...rasa susah sgt..hehe....


Comel apa kuat makan.kita bukan kuat makan kita menghargai makanan ..hehe(=

pena rozie said...

cepat...cepat...sebelum terlambat.

Azzah said...

habiskan puasa cepat yer..

aizamia3 said...

sementara masih ada peluang, teruskan.. ;)

KuNanGKuNanG said...

slmt berbuka...:)

Bro ahmad said...

tak sampai sebulan lagi puasa..first time puasa sebagai blogger..macam mana ye?

YanaMIB said...

kita pn pose gak hr ni..ada 6 hr..hinssff~ pg td je ada cabaran baek punya..opis xleh msk sbb ada org cuba pecah msk so grill jd stuck..letih kot duk trn nek tangga nk me-repair grill..adeh..sabar sabar~ =.=

mizzkechique said...

selamat berpuasa...

MK dh setel pas puasa enam tu..hehe.. semangat awal2..

siti kektus said...

meh sini kite babap sikit. hehe :p

msredcheesecake said...

You alls yg dqh setel ganti puasa, salute la...hheee...

Cik yana, ainie, kita usaha sama2 ganti sampai abis....

Bro, bila puasa ni nak update blog pun malas jer....hheee

~syue syada~ said...

selamat berganti puasa..syue baru nak mula besok, hukhuk -.-

msredcheesecake said...

cik syada,

la...ada yg lagi lambat dr msred ganti puaa?ingat msred paling lambat...hheee

EZAN IDMA said...

saye tak ganti lagi. tgh bndera lagi hehee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno