June 20, 2011

KALAU LELAKI TERLEBIH BAIK DENGAN PEREMPUAN

Salam you alls,

Msred dah beberapa kali jumpa entry yang berbicara tentang isu bolehkah seorang lelaki berkawan baik dan rapat dengan seorang perempuan dengan ikhlas tanpa akan wujud perasaan cinta di kemudian hari.

Boleh ke? Boleh ke lelaki dan perempuan ini kekal bersahabat sampai bila-bila? Tak de cinta-cinta, friends only. Boleh ke?



Ada yang kata tak boleh, lebih ramai yang kata boleh.

Bagi msred, boleh tak boleh tu bergantung pada banyak faktor, biasanya faktor yang tak dapat dikawal oleh hati manusia yang memang dijadikan tuhan suka untuk berkasih sayang.

Dalam entry kali ni, msred cuma nak cakap pasal faktor kebaikan yang amat sangat oleh si lelaki terhadap sahabat perempuannya.

Perempuan, semua orang tahu suka bermain dengan perasaan. Lebih suka dengar kata hati daripada kata akal. Suka lupa berfikir secara rasional walhal tahu kita sepatutnya berfikir dan buat keputusan dengan rasional kalau mahu hasil yang baik. Perempuan memang selalu perasan (macam kasar sikit bunyinya tapi itu kenyataan). Perasan ni selalu membuatkan perempuan salah sangka, lepas tu salah buat keputusan.

So, kepada sahabat lelaki, berbuat baik dengan sahabat perempuan biarlah berpada. Takut sahabat perempuan tersalah sangka. Kerana apa? Kerana perempuan suka ikut kata hati, suka berfikir secara tak rasional dan suka perasan.

Msred pernah berjumpa kes macam ni beberapa kali jugak lah. Si sahabat lelaki terlalu baik dengan si sahabat perempuan menyebabkan si sahabat perempuan tersalah sangka yang si sahabat lelaki ada menaruh perasaan padanya. Kemudian timbul rasa cinta pada si sahabat lelaki walaupun akal kata, mungkin dia baik dengan saya sebab saya sahabat dia. Tak mahu percaya kata akal, tetap nak percaya kata hati yang si sahabat lelaki baik dengan saya sebab dia cinta kan saya.

Perempuan memang begitu (Kebanyakan yea, bukan semua).

So kepada sahabat lelaki, nak baik dengan sahabat perempuan biarlah berpada jangan melampau. Takut kebaikan ikhlas sebagai sahabat tu di salah erti kan oleh sahabat perempuan. Takut persahabatan terputus kerana salah sangka ini. Sayang kan kalau persahabatan yang kita bina ni hancur kerana salah faham yang kecil ini.



Kepada sahabat perempuan, kadang-kadang six sense kita ni terlebih advance. Kita sangka kebaikan sahabat lelaki kerana cinta, rupa-rupanya ikhlas sekadar kebaikan dari seorang sahabat. Kalau ada rasa cinta dan ditolak oleh sahabat lelaki, maka ada kemungkinan akan putus persahabatan itu. Rugi kan.

Sahabat lelaki, jangan bagi harapan palsu. Sahabat perempuan, jangan mengharap pada sesuatu yang memang tak pernah ujud.

Berhati-hati dalam menilai....

13 comments:

rara pinkmafia said...

betul tu kak.sy sokong,mmg kalau perempuan sllu nya akn lebih heart feeling,padahal lelaki takde papa pon.tapi nk buat cane,dh mmg lumrah kite cm tu kan kak.

sesegar said...

WAAAAA.
nice post!

mizzkechique said...

suke kwn dgn lelaki..tp xmo la rpt2.. lelaki xcerewet mcm pempuan..heeee

gadis comot said...

hehe sebenarnya memang pompuan leh berfikir logik tpi pompuan tak nak sebb dia lebih suka pikir tak logik.. hahaha contohnya ialah saya!!! :P

Azzah said...

perempuan memang cepat salah sangka..

zaidah said...

better sahabat lelaki berterus terang yang dia hanya bersahabat baik n tak ade menyimpan perasaan cinta ngan sahabat pompuan seblum sahabat pompuan mempunyai perasaan cinta terhadapnyer...

Cinderella said...

kalau lelaki dengan perempuan bersahabat mesti salah seorang akan ade perasaan punyer lah...

msredcheesecake said...

Cik rara,
Kan? Msred pon kdg2 cepat perasan....bahay tul...hheee

msredcheesecake said...

Cik mk,
Hati2 yea...hhee

msredcheesecake said...

Gadis comot yg kiut,
Perempuan suka ikut kata hati...

msredcheesecake said...

Cik azzah,
Tu la pasal....akal tamau guna elok2 ...hheee

msredcheesecake said...

Cik zaidah,
Setuju sangat....sebelum tersalah sanka baik cakap terang...

msredcheesecake said...

Cik ainie,
Selalunya perempuan la kan...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno