June 03, 2011

AKTIVITI YANG MEMENATKAN TAPI SANGAT BERFAEDAH

Salam Jumaat...

Pagi tadi masa sessi planning nak breakfast kat mana rehat pukul 9.30 am nanti, terkeluar pulak cerita jogging. Teringat masa zaman muda-muda dulu, zaman kat U, msred rajin jogging tau.

Apa sengeh-sengeh? Betul lah, msred suka dan rajin jogging. Kalau tak percaya tanya Cik Lynn.

msred dan cik lynn...lol


Mula-mula memang lah msred adalah orang paling malas nak jogging dan exercise. Habeh, dah jatuh chenta dengan aktiviti tidur, aktiviti jogging memanglah tak pandang, jeling pun tak.

Masa sem 3 ke 4 tak ingat, msred kena amek subjek elektif. Msred dan kawan-kawan msred pilih nak amek Athletic sebab ingat subjek ni mesti main jer...sekali....

Fisrt class, kita orang kena lari sebanyak 8 lap di bawah terik matahari pukul 4 pm. Bila dah habis lari 8 lap, rasa nak mampos, lutut rasa longgar macam lutut atok kat kampung, rasa macam nak pitam, nak pengsan semua ada. Nadi sendiri pun msred boleh dengar dek kuatnya dia berdenyut.

Perjalanan balik ke hostel secara berjalan kaki beramai-ramai adalah satu penyeksaan. Kalau dulu 10 minit dah sampai hostel, kali ni 30 minit baru sampai. Bila dah sampai hostel, semua buat-buat lupa nak mandi terus tidur, ada yang skip dinner.

Esok pagi pergi kelas muka masing-masing macam muka nak tampar orang. Aku tengok kau kau tengok aku. Badan dah start rasa sakit-sakit. Nak bercakap ke nak bergossip ke memang dah tak minat dah.

Tapi lepas 3 kali kelas, lepas lari 30 lap msred mula rasa seronok sebab dah mula terasa perubahan pada diri sendiri. Perubahan yang paling terasa adalah nafas yang dulu pendek-pendek macam orang semput dah jadi panjang-panjang. Nafas jadi mudah dan senang. Badan jadi bertambag fit. 

nak baju ni


Salah satu kebaikan jogging adalah ia dapat meningkatkan cardiovascular fitness, iaitu kebolehan jantung dan vascular system badan kita mengepam oksigen yang diperlukan oleh otot badan kita dengan baik dan dapat meningkatkan kebolehan otot badan menggunakan oksigen tersebut. Bila proses ini berjalan dengan baik dan lancar badan kita automatik akan jadi lebih bertenaga dan lebih fit lagi.

Kalau msred tak jogging, badan msred cepat penat. Buat kerja sikit penat. Tapi lepas rajin berjogging, badan msred memang fit dan tak mudah penat. Kalau setakat pergi shopping kat Mid Valley dari pukul 11 am sampai 9 pm memang tak ada masalah lah. Masalah yang timbul cuma RM yang semakin berkurangan je. 

msred memang suka warna merah.
tapi kalau kasut ni tatau la msred nak pakai ke tak.

Tapi sekarang ni msred tada masa nak jogging. Nak sangat jogging tapi kesempatan je takde. Betul la tak de masa. Mana ada msred malas. Sapa cakap msred malas msred babab. 

Dah, nanti petang you alls anak dara pegi jogging ok. 

13 comments:

rara pinkmafia said...

akak,rara mmg nk jugak berjog jog ni.tapi skrg ni mcm bahaya je kalau nk g jog.kang mcm2 jd.negara skng mcm dh tak selamat.

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

bgs jogging nie..tp maera pun pemalas.haha~

E.D.A.Y.U said...

rajin nye msred jogging..yuyu skrg ngah try aktifkan diri dlm swimming...best tau dpt fit kan badan ....sesambil tu dpt berendam hahaha :P

CutieIntan said...

i love jogging too..tapi yang adooo malas nak berjogging....jog ajer sikit dah semput..last jog jadi jalan-jalan ayam...

deeya said...

dulu rajin jogging .. sekarang adoyai malasnye alahai ! haha ~

msredcheesecake said...

cik rara,
alamak cik rara...betul la...kalau nak g jogging gak kena bawak bodyguard...kita ajak seth tan la nak?hehee

msredcheesecake said...

cik maera,
muda2 ni la nak jogging...da tua sket anak da 2 3 org da takde masa dah...hheee

msredcheesecake said...

cik edayu,
msred penah amek class swimming tapi fail sebab msred fobia air...takut!!!

msredcheesecake said...

cik intan,
ok la tu eksesais gak tu...hheee

msredcheesecake said...

cik deeya,
nape tu jadi malsa tu?hheee

Redbloodsnow said...

zie tak suka jogging. pasalnya..asal jogging je, sure lah cepat nah berat zie menurun. tak sukaaa!

dh lah cekeding, semakin cekeding la. tu yg zie terpaksa hidup tak sihat tanpa jogging..hehe

merahitujambu said...

lama x berjoging...terasa rindu pula

cik azeya said...

dah setahun tak joging. badan pun naik macam tong dram. -.-'

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno