April 09, 2011

Seksinya Si High Heels Merah


Ini entry msredcheescake yang pertama.Pengenalan la kiranya ni.Kalau nak suruh cerita tentang diri sendiri, sebenarnya tak tau nak cerita ape.Lebih suka menjawab pertanyaan dari kawan-kawan daripada memulakan cerita.Lebih senang.

Ni gambar high heel. Manusia mana pulak yang tak tahu. Semua orang tahu, lelaki ke perempuan ke termasuklah budak kecik.



msredcheesecake memang suka sangat heels, sama seperti kebanyakan gadis-gadis dan wanita-wanita di luar sana. Kalau dapat yang warna merah, (warna kegemaran) memang best. Tak tau la cantik sangat ke kalau pakai heels ni. Tapi pada mata msredcheesecake, memang cantik dan seksi. Nak kelihatan cantik, atau perasan cantik, sanggup menahan sakit kaki dan pinggang, nak jugak pakai heels walau pun seksanya tuhan je yang tau. 

Selalunya msredcheesecake pakai selain nak nampak cantik dan seksi, nak impress my darling hubby. Tapi most of the time hubby tak perasan pun kasut ape yang msredcheesecake pakai waktu kaluar dengan dia. Aish, wat penat je pakai, dia tak perasan pun.Yang perasan biasanya perempuan lain yang rajin memerhatikan apa yag kita pakai from head to toe.Hehehe...

Ermmmm...pendapat peribadi. msredcheesecake selalu rasa ada persamaan antara hubungan lelaki dan perempuan dengan hubungan perempuan dan high heels. Perasan tak? Nanti kita cerita lagi k....

Terima kasih kerana baca entri ini.Terima kasih untuk komen anda.

No comments:

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno