April 19, 2011

Encik bawak motor biru, minta maaf banyak banyak !!

hello kawan kawan,

how is your day? best? tak best?

semalam msred mimpi waktu drive keluar dari rumah, terlanggar sorang mamat bawak motor. betul betul kat depan rumah. ntah ape la makna mimpi tu. mimpi tu buat msred teringat satu insiden ni, dah lama dah benda ni jadi. membuatkan hari msred serba tak kena. waktu mandi teringat insiden tu, waktu prepare breakfast teringat insiden tu, tengok tv pun teringat insiden tu. tention jugak la.

*audience cakap*
cer citer...cer citer....

emmm...
cam ni cerita nya. waktu tu msred muda comey lagi, 23 tahun. malam tu hujan renyai, lebih kurang kul 8 malam, msred drive sorang sorang dari UNITEN, Bangi nak balik ke rumah mak di seksyen Shah Alam. jalan tu memang sunyi sket. waktu tu sebijik kereta pun tak de. msred drive laju sket supaya cepat masuk highway KESAS.banyak kereta, tak takut sangat.

tetiba dari jauh msred nampak ada sebiji motor kat depan msred. msred tengok je encik bawak motor tu sambil pikir, napelah dia tak berhenti teduh kat mana mana sampai ujan berhenti. belum sempat msred habis pikir, encik bawak motot ru jatuh, tergelincir sebab jalan licin, hujan.

terkejut msred. alamak. nak buat ape ni? nak berhenti tolong ke? msred takut kalau encik bawak motor tu berpura pura jatuh, tapi sebenarnya nak merompak ke, nak membunuh ke, nak curi kereta ke. mana la tau. msred dalam keadaan serba salah buat keputusan, jalan je terus. takut nak berhenti. dalam hati doa sangat sangat, kalau betul encik bawak motor tu tak de niat jahat, minta minta adalah kereta lalu dan berhenti tolong encik bawak motor tu. doa sangat sangat.







kepada encik bawak motor tu msred mintak maaf kalau msred dah salah sangka. buruk sangka denagn orang memang tak baik. tapi msred tak berani ambil risiko untuk berenti. mana tau sangkaan msred tu betul, mati la msred. 



walau pun insiden ni dah lama berlalu, hati tetap tertanya tanya, betul ke apa yang msred buat tu? salah ke msred? jahat ke msred?



kalau u all jadi msred u all buat ape? u all rasa patut ke apa yang msred buat tu?eiii...tensen pikir tau.

Make your own banner at MyBannerMaker.com

2 comments:

fara_farez89 said...

emmmm kalo fara di tmpat sis fara wat perkara yg same kot tapi mungkin ade ase sedikit perasaan bersalah..pepun xpe perkara tu dah lepas kn sis yg berlalu usah dikenang2 lagi....=) smile alwyz sis

Redbloodsnow said...

kalau zie di tmpt ms.red pun, zie akan buat yg sama. weols perempuan yunk. kena ckit buruk sangka utk kebaikan sendiri..kehkehkeh :P

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno